Custom Glitter Text

Rabu, 24 Februari 2016

SEDANG PANTAI LAGI BERUBAH 

Assalamualaikum.....
lama rasanya aku tak menulis di sini. kira-kira sudah hampir setahun. dan masapun bagai aku tak pernah terasa berganjaknya. tapi hakikat, yaa masa terus lama meninggalkan aku. terus lama berpaling dari aku. mana mungkin kita manusia bisa menggapai sesaat yang terlepas. dan kira-kira setahun ini juga aku kira sudah terlalu banyak perkara yang aku dah lalui. tak kira siapa tak kira manusia. kadang-kadang seminggu tak bersua muka pun kita terasa rindu lagilah setahun kiranya. tak begitu??

dan rupa-rupanya juga sudah setahun aku menamatkan pengajian..... rasanya tak banyak yg berubah dalam hdup ak kalau nak dikira dari sudut kemajuan. masih juga mncari cari arah tuju. masih juga tercari cari siapa diri ini. tapi yang paling aku tahu ak rinduuuuu dengan semua kenangan zamn2 masih bergelar pelajar. mana ada manusia yg tak rinnduuu dngan zamn tu. kalau masa ni berputer ligat ke belakang. zaman itulah hampir semua plih. di mana kita tak lagi terbeban dngan semua permasalahan dunia. di mana kita masih lagi perlu memikul serta mnggalas seluruh harapan keluarga. siapa kata aku tak rinduu dngan kwn2? yaa lah mereka tempat kita ketawa. tempat kita menangis.... semua ada dngan mereka. tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermain. kenangan terus jadi kenangan. dan memori akn kekal dalam fikiran. 

sedangkan pantai lagi berubah inikan pula manusia.....
manusia ni sifatnya terlalu kompleks sehingga org lain tak akan mampu untuk menilai seseorng secara tetap. jika ada mungkin ada sipi-sipinya juga. lagilah bila hati manusia sendiri terlalu dalam untuk kita ketahui. samarnya bagai malam yg kelam. dan pekatnya tak termampu difikir. kita ketahui yaa kdng2 semkn lama kita kenal seseorng sebnarnya semkn bnyk yg kita tak dapat fahami. dri seluas2 alam sehnggala sekecil2 perkara. manusia ini terllu susah untk diketahui apa mahunya. aku bukan bercerita sekadar melepas lelah, tetapi bercerta mengenai betapa aku sndiri tak memahami diri aku. yg membawa roh ak. yg selama ini ak kenal dan aku ketahui siapa aku..... tapi yakinilah suatu saat setiap manusia akan melalui waktu2 di mana dia tak kenal siapa diri dia. dia lupa bahawa masih ada seseorng disisinya. 

Sedang malam bertukar siang. dan siang berganti malam.
dalam dunia ini manusia itu pasti akan merasai semua perkara fitrah.
menangis
ketawa
sedih
gembira
bahagia
dan yang paling mendukakan kita kehilangan seseorang yg kita syg
tak ada manusia yg akan terlepas semua itu. kalau bukan hari ini mungkin esok. dan kalau bukan esok mngkin akan datng.
kita akan tetap melalui dunia ini dngan pelbagai jaln yg trllu liku. yg mngkin arahnya kadang2 kabur, atau silau dihadapan. 

bagi aku setahun yg tertinggal ini seperti mengajar aku bahawa aku bukanlah siapa2. setahun ini banyak mngajar aku erti air mata. erti tangisan yg sebenar. dan tak ada air mata yg bernilai gugur ke tanah melainkan kita menangis menyesal dngan apa yg telah kita lakukan. 
kita kdng2 tahu. ada sesetengah perkara kita tak dpt jangkau serta tafsirkan. 
dan mngkin bagi aku dngan air mata ini, dapat mngubat jiwa yg sedng lara. 

tak salah untk kita menumpahkan air mata, kerana air mata ini satu2nya sahabat bagi mereka yg telah hilang seseorg yg boleh kita sndarkan.
air mata juga satu penawar sebenarnya. kalau dulu mngkin aku pernah melihat bagaimana seseorng menngis kerana hilang org yg dia syg. tapi siapa tahu rupa2nya kita pula yg akn merasai saat2 sepi seperti itu. aku kdng2 seperti tak percaya juga. tak sangka, rupa2nya mak dah tak ada dlm hidup aku. dulu ingat lagi setiap mnggu mesti ak akan call mak. tanya mak. mak tengah buat apa? mak dah makan ke belum? tadi mak kerja ke? huhuhu... lepas tu gelak2 cerita gosip2 kat kg. biasalah mesti ada certa yg nak disampaikan. kwn ko yg ni nak kawin mnggu depan. ko balik tak? yaa??? tak jemputpun tak naklahh... tapi balikk kot... 

yaaa aku rindu sngat nak buat semua tu. bila sampai waktu kau rasa mngkin benda tu biasa. tapi percayalah kenngan tu seperti trllu perit untk kau ingat. siapa tahu mngkin lepas ni kita dah tak akan merasa semua tu. siapa jugaklah yg tahu mngkin itu suara terakhir yg kau akn dngar. 
jadi jngan sombong untk call mak kita yaa..... percayalah sekecil kecil perkara akn mmbuatkn kau rasa seperti gunung yg mnghmpap kau untk kau lakukn sekarng... tapi hakikatnya kau dah tak boleh nak buat... kalau dulu rasa rindu itu bagi aku adalah tersenyum. tapi sekrng bagi aku rasa rindu itu adalah air mata. untng kwn2 yg memng setiap saat dn waktunya ada di sisi keluarga. kdng2 trfikir, kalaulah dlu ak tak smbung belajar mesti sekurng-kurngnya ak ada masa 4 tahun untk brsama mak. tapi tak elok sebenarnya fikir mcm tu. sukurng kurangnya ak dah bagi satu hdiah yg bermakna bagi mak.

ingat lagi masa konvo.... terima kasih mak sebb dtg. suka tengok mak senyum. tak habis2 ak tanya, mak nampak tak tdi masa ada atas pentas.......
mak cakap nampakk... siap ada tv besarkan. lagi2 bila nama kita dibacakan dngan kuat. 
yaaa bagi aku 2015 terlalu bnyak perubahannya.
trlalu bnyk kenngan yg tak dpt dikumpulkn
dan trllu bnyk perkara sebenarnya bagi aku yg masih belum lngkap.
kdng2 sekrng ak rasa kekuatan aku separuh hilang. yaa lah. keberkatan kita ni seluruhnya dari doa ibu bapa kita. lagi2 mak kita yg memng itulah syurga bagi kta. 

maaf kalau ini sesi untk aku meluahkn rasa. mngkin dah terlalu lama tak menulis. rasa janggal tu terllu bnyk lahirnya. dan kurang juga tapisannya.
tiba2 rindu dngan kwn2. harap semua bagia :)
terima kasih sebb ada di sisi aku.
kala duka dan gembira
maaf kalau ak yg tak ada di saat kau org berair mata
tapi aku memahami
kita semua sama
kita ada hati
kita ada jiwa
di mana manapun
ak tetap ingat semua
untk kwn yg sntiasa ada di sekeliling
depan mata mahunpun hp semata mata
kita still berhubung dan bercerita
]harap kita berjumpa lagi satu hari nnti.....