Custom Glitter Text

Selasa, 29 Oktober 2013

HEARTSTRINGS :)

Assalamualikum.. nmpaknya addin muncul lg untk hri ni. hehehe... mnggu lepas addin berkesempatan untk tengok drama korea heartstrings. mula2 mngkin rasa mcm drama biasa. so akn mkn masa lma jukak la nk hbis tengok. tapi sebaliknya plak. hehe.. ada sesuatu yg mnyebbkan addin terus melekat dekat skrin latop ni tanpa henti sampai x tdor malm. dan dengan buat prtama kaliny dlm sejarah hidup addin tengok drama korea dlm masa 2 hri jer untk 15 episode. hehehhe... apa yg mmbezakan drama ni dngan drama korea yg lain?? bg addin, mungkin berkaitan dengan minat dan jiwa addin kot. seorng yg meminati seni musik tradisional atau kontem. tetapi dengan bernada lembayung dan simfoni. itu jiwa addin. dan drama ini telah meletakkan semua ciri2 tersebut. seorng mahasiswa yg berada dlm jurusan musik tradisional. mengetengahkn musik tradisional korea. melodinya betul2 memikat jiwa. mngkin jln cerita dia sama dngan yg lain tetapi drama ni berjaya membawa sisi berbezanya. dengan menmpilkan jung yong hwa sebagai lee shin. hero dia ler. hehhehe dan park shin hye sebagai lee gyu won. heroin :) 


secara jujurnya drama ni telah membuatkan addin agak teruja sampai menjerit tengah2 mlm n kena marah dengan mak (ko dah buang tebiat ke apa haa? x reti dah malam!!) heheheh.. sorry mak. lain kali x buat lagi. :p perwatakan shin dalam drama ni seorng pelajar musik lelaki yg popular. mnjdi kegilaan ramai. (biasala 2 klau drama korea) n kebiasaanya akn mmbawa perwatakan lelaki yg dingin dan sombong. pon biasa jugak klau drama korea. hehehe... shin meminati lec nya sendiri. dan mncuba untk memikatnya. secara senyap juga gyu won meminati shin. cuma x termmpu untk meluahkan. x sangka plak shin sendri dpt tangkap perasan gyu won. memng terbaiklah. cuma ayat dia yg x boleh blah. jngan berhenti untk cuba menyukai sy. hehehe. klau prmpuan dngan lelaki ckp mcm 2 memng hanginla kan. hehhe. apa2 pon drama ni memng 4 setengah bintang la. cma ap yg ak x suka kat bab last. mcm kelakar plak dia tamatkn drama ni. ckp nak benci2 lpas 2 filling2 kat taman bertembung pelukk. hahahha.. klakar kot. apa yg ak belajar dri drama ni mudah jer. seseorng akn snggup berkorban apa jer untk kesenangan org yg dicintai walaupun dri sndri yg merana. memng sweet apa yg shin buat. tpi dia sendiri yg rnduu hbis kat gyu won 2. huhuhu. 

sweet jer kalau ada pasangan mcm 2. :)

kita akan rasa bahagia bila berada di sisi org yg kita syg dan cintai :)
kadang2 kita kena berkorban untk melihat org yg kita syg gembira dan bahagia. kdng2 juga kita sendri kena berani untk meluahkn apa yg terpendam dlm dri kita untk pastikan kebahagiaan mnjdi milik kita. peluang kdng2 hnya dtg sekali. rebut dan rampas. kenal pasti apa impian kita. lahirkan dan suarakn. itulah wrna2 kehidupan. bnyk sebenarny ap yg kita bole dpt dri drma korea. cma kita kena bijak memilih. (pandangan diri) memng secara ikhlasnya mereka bkn seperti kita. agama islam utama dan tertinggi tapi lihat sendiri manakan lebih teruk dri org islam sendiri dlm industri perfileman?? sekurang-kurangnya kita x akn terlahir difikiran kita. hisss apalah nk jdi. islam, melayu tapi pakaian mcm nak bogel. kann.. fikir2 kan. kita jngan menghina tnpa belajar sesuatu. sy x minat crta melayu tapi sy x kutuk n hina. sy x memperkotak katik kan atau mencaci. sebb mesti ada kebaiknya. hormati sesama kita. belajar memahami. berfikiran rasional dan jngan mnjtuhkn sesuatu hukuman tanpa mendasari sesuatu perkara. 
I LOVE DRAMA KOREA :) maaf kepada yg x suka. slam syg dri sya addin nur al islam. 





JIKA DUNIA INI UJIAN MAKA AKU RELA TERIMA :')


Assalamualaikum. salam syg buat semua sahabat2 yg sudi membaca entri2 addin yg x seberapa ni. harap semua shabat berada dlm keadaan yg sehat dan diredhai Allah. maaf andai setiap entri addin hnya berkisar kepada yg sedih2 jer. :) tapi inilah kenyataannya hdup manusia x semuanya sama. ada mnusia itu akn diuji dngan pelbagai kesedihan sehngga hatinya dah terllu cekal untk menerima. ad juga mnusia yg diuji dngan kegembiraan sehngga khdupannya terlala indah bagai pelangi yg ada kala hujan turun ke dunia. tapi sekuat manapun manusia menempuhi segala bagai ujian pasti tetap akn ada air mata yg mengalir. pasti akn ada tangisan yg kedengaran. tak bermakna air mata itu lmbng putus asa. x berbakna juga tangisan itu lmbng kelemahan menolak ujian yg ada. air mata merupakan kekuatan mnusia menmpuh segala dugaan. air mata juga lmbng mnusia cekal hdapi setiap ujian yg mendatang. secara jujurnya. addin penat untk menangis. penat untk menitiskan air mata. tapi ingat, addin penat bukn bermkna menyerah untk berputus asa. tetapi air mata dah x trmmpu untk keluar saat ujian yg dtg menimpa-nimpa. jika inilah kafarah yg dtg. addin terima seadanya. 


secara ikhlasnya untk dua bulan yg mndatang ini, terllu bnyk duga yg singgah bersarang di hati. dengan ujian yg dtg bertimpa-timpa, dengan kesabaran yg diuji dengan bermcm2 sakitnya. tapi jujur addin katakn. lelah yg bertamu di hati x pernh surut untk mngingati bahawa sesungghnya ada yg lebh derita dri apa yg ak terima. ad yg lebh sakit jiwanya berdepan dngan kerenah ragam dunia. tapi ikhlas untk addin katakn. bhwa rasa penat untk harungi bermcm onak ini kdng2 ada pasang surutnya. kdng2 addin juga bgai jatuh tersungkur berdepan dengan ujian dri Allah. tapi hnya satu addin berpegang bhwa sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan mnusia2 yg bersabar. Allah sentiasa mnduga mnusia untk Allah lihat bgaimana mnusia merintih dihadapanNya. addin hnya mngharapkan setiap air mata yg mengalir ini merupakan titik2 nikmat di syurga nanti. jika inilah pembersihan dosa yg Addin terima maka rela seadanya. rela untk menerima. rela juga untk berserah semata-mata keranaMu ya Allah. 


untk saat ni, addin hnya berusaha mmperbaiki apa yg termmpu kerana addin hnya mnusia biasa yg punya hati dn jiwa. yg ada rasa sakit yg ada juga rasa kecewa. satu2 dugaan yg mndtg sebenrnya mnjdikan addin seorng yg kuat. seorng yg gigih untk berdepan dngan arus dunia. maaf andai selepas ini shbt2 yg mngenali dri x dpt mnghubungi. hp selamat sudh hilng dri pndngan :( tapi insyaAllah addin ak beli hp nnti. cma sekrng dngan msalah kesempitan wang menghlng untk addin memiliki hp. pastikanlah setiap msalah yg mndtg kita cuba selesaikn dngan bjksana. atau mngkin selamanya tersmpan di hati. terus bersawang dan bernanah. tapi itu lebh baik jika ia x mngguris hati sesiapapun. biarlah sakitny hnya dri sendiri yg merasa. apa2 pun addin berterima kasih kpda semua shabat yg sudi mmbaca. yg sudi memahami dan sudi mnjdi peneman saat sakit, duga mahupun gembira. semoga semuanya berada dlm lindungan Allah. moga hari esok lebh ceria dan lebh baik dri hari ini. salam syg dri Addin nur al islam. 



Ahad, 27 Oktober 2013

SAHABAT KU 
SELAMAT MENDIRIKAN RUMAH TANGGA :)


Assalamualaikum. salam syg buat semua sahabat2 addin yg sudi mmbaca perkongsian addin dkat blog ni. alhamdulillah untk kali ni addin akn berkongsi tentang perkahwinan. almaklumlah bru je balik dri majlis akad nikah kawan rapat dri sek rendah smpai sek menengah. x sngka dah smpai jodoh ko kan nadira :) gembira sebenarnya bila kita nmpk sahabat kita gembira. n secara jujurnya sahabat akn yg bole aku nilai sebagai seorng sahabat ialah mereka yg pernah sama2 mmbesar dengan aku. yg sama2 meningkat setahun demi setahun bersama aku. dan inilah salah satu dripada mereka yg pernh mmbesar sma2 dngan aku. dan pada tarikh itu sudah selamat terbinanya sebuah istana perkahwinan untk sahabat aku :) bahagia bila ak ingat balik. untk sebuah kenangan yg abadi. gmbr dekat atas 2 antara shabat2 addin dri addin darjah 1 smpai sekarang. x sngka kan masa berlalu dengan pantas sngat. tapi x pe la. sampai sekrng saat2 addin menulis entri ni terkenang semua kisah2 kita dri keik smpaila sekolah menengah. hehehhe.. 


ini lah suami nadira :) tahniah diucapkan dengan sekali lafaz sudah bersuami kau. hehehhe... harap bahagia sehingga akhirat hendaknya. dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah serta kekal ke anak cucu. yg lain x tau la bila nak kawin. hermm hehehe.. bila dibayangkan balik. satu persatu kwn2 sekelas kita masa darjah 6 dulu kawin. nmpaknya tnggl beberapa kerat je yg masih membujang. dngan yg belajar masih x habis lagi. dengan yg masih terumbang ambing lagi. entahlah. memng x sngkalah kau kawin dulu nadira. tau2 da bersuami dah sekarang. paling penting selamat melayari bahtera rumah tangga. kau ibarat seperti kapal yg berlayar. dan nakhodanya suami mu. laut mana yg x dihempas badai. biasala 2. tapi pastikan badai yg menghempas x akan sesekali mengkaramkan kapal pelayaran mu. terus sehngga destinasi penghujungnya. gagah merentas samudera. 


selamat berbahagia sahabat :)


bahagia je tengok kan. hehheh bila la masa plak giliran Addin kan. menanti jer la. nmpaknya lepas ni susah la nk lepak lg. hehehe.,. ye la dah jdi isteri org. lepas ni emak org hehe.. apa2 taatla pada suami. jdilah seorng isteri yg solehah yg bakal membmbng warisan mu. yg bakl mnjdi khalifah di muka bumi. jdilah juga seorng bakal ibu yg terbaik untk ank2 nya. terusknlah jihad mu sebagai seorng isteri. sesungghnya redha mu dengan ibu mu telah terputus selepas kau menikahi suamimu. dan kini suami mulah syurga mu. taat lah. moga tempatmu di jannah yg diimpi setiap manusia di muka bum9i. addin mngharapkn yg terbaik untk semua shabt2 addin. mngharapkn esok terus erah untk masa depan. smpai di sini shaja. insha Allah nntikn entri yg seterusnya. salm syg dri addin nur al islam. 




Sabtu, 26 Oktober 2013

NANNY MCPHEE 


Assalamualaikum. salam rindu buat semua sahabat2 setia addin. alhamdulillah akhirnya dapat juga nk update entri terbaru ni. mana x nya dah 3 hari jugak la x uptae crta yg terbaru. tergnggu dengan assgmnt yg tinggi. sampai sakit kepala. sekrng ni pun addin dah demam. teruk jugaklah. hermmmm nasib baik selera mkn x hilang. hehehhe. biasanya mcm ni lah. setiap hujung mnggu addin akn balk kg. semalam berkesempatan tengok satu rta ni. bnyak pengajaran sebenarnya untk yg memahami crta ni. NANNY MCPHEE. KISAH SI PENGASUH BUDAK. huhhu... apa yg mmbuatkn ak tertarik tntang crta ni mudah jer. 5 pengajaran yg perlu dilaksanakan nanny dekat rumah 2.. pelajaran pertama, katakan tolong kepada org, pelajaran yang kedua, tdur apabila disuruh dan bangun apabila disuruh. pelajaran yang ketiga, belajar mendengar, pelajaran yang keempat lakukan apa yg disuruh. yg kelima addin x ingat hehehe. padahal baru jer semalam tengok. tapi 2 lah. klau ak sendiri terpaksa berhadapan dengan budak2 nakal mcm 2, memng maunya sakit jantung. nakalnya menyeramkan. x sanggup addin. harap2 satu hari nnti addin x dpat lah ank2 yg berkelakuan mcm 2. bukan sekadar lasak tapi menyeramkan.. 


nampakkan muka nanny kita ni. hehehe.. memng gerun lah. dengan tongkat sakti dia. dengan tahi lalat dia yg besar n hidung yg pelik. tapi yg istimewanya bila setiap pelajaran dia berjaya, satu2 hilang kat muka dia. n bila last sekali jdi ntik la nanny kita ni. gigi dia 2 yg tak boleh tahan nak gelak tengok. :) terkeluar satu batang. hahahha.. dah mcm org gila jugak. tapi lg serupa mcm nenek sihir. tapi sudah semestinya nanny seorng yg baik. ma perwatakn je yg mcm 2. lastnya happy ending lah. apa lg. 


ni lah watak2 bdk yg nakal 2. ehheheh... apa2 pun memng terbaiklah. semua comel2. tapi hermmm. paham2 la. nakalnyaaaa. klau kwn2 nk tengok rilah dekat blog2 filem. inshaAllah akn ada. smpai sini je lah k kwn2. nnti ada msa addin update lag rta terbru. salam syg buat semua shabt2 addin. mga hri esok lbh baik dri hri ini. 



Selasa, 22 Oktober 2013

LECTURER FACULTY :)


Assalamualaikum. salam syg buat semua sahabat2 yg sentiasa setia berada di sisi serta sentiasa mmberikan sokongan. alhamdulillah diberi kudrat untk menulis entri kali ni. berbangga sikit oiii org kampng semua hahhaha.. kali ni addin nak ceritakn pasal lec2 dri faculty addin. FACULTY HOSPITALITY AND TOURISM MANAGEMENT. heheheheh terasa masa berlalu dngan terlalu pantas. memng tak terjngka rupa2 nya sudh hampir mnginjak 3 tahun addin melanjutkan pelajaran dlm pengajian IJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN SAINS DALAM PENGURUSAN HOTEL DAN KONVENSYEN. kalau semua kawan2 nak tau gambar dekat atas ni semuanya lec dekt faculty addin. boleh tahan la kan. tapi masa ni ada jugak yg tk dpat ikut sekali bergmbar. tapi ok lah. ini jer yg ada. kalau siapa2 nak tau mana dekan haaa yg depan sekali lelaki tengah2. tengok muka pon da takut bebb. siapalah yg berani tentang mata klau berdepan dengan dia. sekali dia mnjerit adoiiiiiii... mcm nak bergegar bangunan tu. tapi 2 lah walau garang2 mcm mna pun dia ak suka dengan falsafah dia. KITA DISINI SENTIASA INGIN MEMBERIKAN YG TERBAIK KEPADA PELANGGAN. SANGGUP MENGHADAPI CACIAN SERTA MENGUTAMAKAN KEKEMASAN. nahh nampakkan. sebb tu ak memng da terbiasa klau kena maki hamun. dan ak pon boleh memaki hamun hehehehhe. terbaiklah. 

yg sebelahnya dari kanan namanya miss fariza. tapi saat ak menulis entri ni dia dah tak berkhidmat dekat klmu. dia da berhnti sebb nak sambung belajar. adalah dlm beberapa sbject dia ajr addin dlu. klau x silap intro hospitality, housekpng, analysis room dvision. rindu masa kemas2 katil hehehhe... dlm brisan prtama 2 yg lain x pernh mngajr addin lagi sebb dorng cos lain kan. so x der la. barisan tengah dri kanan yg pakai bju ungu tu mdm nazira. dia klau sekali membebel memng terbaik tapi 2 lah dia sebebanrnya syggg dekt semua student dia. mna x nya sekrng ni klau jmpa asyik nk bergurauu je. bukn main. dia da x der mngajr addin da sebb sbject cos dah hbis da. yerlah addin pon da nk hbis bljrkan. mdm nazira mngajr sbjct sale convention, tradeshow. sebelahnya mdm melissa. sopan santun jerkan. mana x nya dia pon senyap jer. tapi ok dngan dia. ngam hehhe. mngajr sbjk intro marketng hospitality. seblhnya lec culinary. tpi dia ad jgk mngajr sbjk food sanitation. sbjk ni sbjk wajib. semua kna ambk.

 setrusnya yg berbju kurng tnpa tudung tu mdm zehan. hehhe baru jer brkahwin. n alhamdulillah sekrng da memakai tudung. seronok sngat tengok. dia ada mngajr sbjk event managemnt. sempoii jer. hehhe. dia lec cos tourism. n sebelhnya yg memakai tudung kelabu nmanya mdm linda. dulu mula2 takut dngan dia tapi lama2 sekrng da ok da. x kisah hehehe. bnyk jgklah sbjk yg dia ajr untk addin antranya intro convention, meeting convention, ehhh dua jer rupanya heheh. ingat bnyk tdi. haha. brisan belakang plak yg mngajr addin cuma ada dua orng jer. hehhe. dri kanan no 4, sir izwan. huhu... dia mngajr mngajr untk sbjct crisis dngan service operation. best kalau dia yg mnajar sebb mudah paham. penerangan yg jelas. tpi tulah suka bg soaln mngejut. suru brdiri plak heheheh... tapi memng terbaik klau sir yg mngajr. n lg satu dri kiri no 3. sir suhaimi. dulu ingat lg msa mla2 dia mngajr dekt klmu. takut jer klau dpt klas dia. tpi sekrng nak lg hehhe... pengalaman dia dlm industri memng bnyak. memng terbaik. mngajr sbjk cost control, supervition, f n b. nak yg terbaik untk semua student dia. tu yg syg sir. hehhehe. 

terasa masa memng pantas. rasa syg dekt apa yg dah kita lalui semua. tapi kita sebgai mnusia kna trus maju kehdpan. x salah menoleh tapi pastikan tolehan kita sekdr melihat bkn meratapi. harap setiap ilmu yg telah dicurahlkan berkat dlm diri untk msa hdpan. untk digunakn seterusnya. inilah jln yg telah ak pilih. inilah segalanya. addin harap kwn2 pun sama k. jngan sia2kan pngorbanan setiap guru yg pernah mngajr kita. merikalah ibu bapa kedua kita di sini. apa2 pun inshaaAllah addin akn terus berada di sisi anda. hahahha. slm syg dri addin nur al islam. mga hri esok lebh baik dri hri ini. 

Isnin, 21 Oktober 2013

DAPAT BUNGA UNTK MY BFDY 


Assalamualaikum sahabat2 semua. salam syg dri sy addin nur al islam. moga semua dlm limpahan rahmat. aduhaiii mata memng x boleh nak tdur. x tau la mcm mna ni jam pun da mnunjukkn pukul 3.30 pagi. sunyi je. tapi alhamdulillah sunyi x mcm msa addin dkt kl. klau mcm ni kt kl dah rasa mcm nak menangis jer. x bole ddk sorng2 hehehhe. syukur rasa nya sekrng addin da berumur 22 tahun. dah lepas pun hri lahir addin masa 18.9 masa 2. tapi bru jer dpt 1 lg hdiah yg bermkna sngat. addin dapat bunga besar 2. hehehhe. syg dekt my kawan. x mnghrappun hadiah mcm ni sebb pershabatan mcm ni pon da ckp. heheh. tpi klau da dpat ambk je lah. bkn senang org nak bagi kita hadiah kan. tapi bersyukur sebenarnya sebb msih ada lg org yg baik bagi addin hadiah. syukur sngat sebb dikurniakan kawan yg baik. diberi satu persahabatan yg kukuh. hadiah ini sebagai pengeratnya. cantik sngat bunga ros 2. syg plak nk makan coklat yg ada. hehehhe. dia kata trlmbt nk bg hdiah sebb ye la sekrng dia da belajar dekat indonesia. wahhhhh... terbaiklah kawan. mesti kwn2 kenal universitas ni. kalau tau la. UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH ACHEH. dia balik untk smbut hari raya aidiladha mnggu lepas. sygg sngat2 kat kau haris. hehhehehhe.... mnyambng pengajian dlm bidang usul fiqh.. 
apa2 pon semoga berjaya untk masa depan. jngan lupa aku. teruskan berjaya hendaknya. 

6 CARA ATASI MASALAH LUPA 

Assalamualaikum. nmpaknya addin memng x sabar2 nk update. dlm hri ni jer dah msuk beberapa kli dah entri terbaru diterbitkan. sebb addin x sabar nk bgtau apa lngkah2 yg perlu kita lakukn untk mngelkkn dri kita mngalami masalah lupa. sebgai seorng pelajar masalah lupa sebenrnya kronik. dngan bermcm-mcm lmbakan assignment, kuiq, exam. project. klau kita ada msalah lupa. memmng haru lah jdinya. takut2 trlpa hntr assignmnt kan huhuhu.. apa2 pun truskn usaha kita mnjga kesihatan. itu adalah perkara yg paling penting. di sini addin mnyenaraikn beberapa langkah untk mngatasi masalah lupa: 

1) MAKANAN BERGIZI 
Pastikan kita mengamalkan pengambilan makanan yang bergii serta mengandungi vitamin niasin contohnya daging, itik dan kekacang 

2) LATIHAN
Latih otak secara kerap supaya ia kembali segar dengan cara membaca buku, menulis dan bermain catur. 

3) KONSENTRASI 
Tetapkan konsentrasi yg tnggi dlm satu2 prkara, walau bagaimanapun kemmpuan otak mmpunyai batasannya. setelah selesai melakukan sesuatu, isterehat adalah perlu untuk mengembalikan kesegaran otak. 


4) RIADAH 
Sukan dan aktiviti luar mmpu menyalurkan tenaga dan oksigen yg secukupnya sekali gus menyegarkan otak. 


5) BERHENTI MEROKOK 
Merokok ada kaitan secara lansung dngan peningkatan demensia (mudah lupa) di kemudian hari. org yg biasa ny merokok dua kotak sehri mmpunyai rsiko sratus peratus lbh tnggi untk mnghdp demensia brbndng orng yg tdk merokok. 


6) KOPI 
Dalam salah satu artikal yg trkndung d dlm European journal of neurology ad mnyebut bhawa kopi berupaya menurunkan protein yg berkaitan dengan alzheimer. 

Ahad, 20 Oktober 2013

PENYAKIT PELUPA 
(PENYEBABNYA)


Assalamualaikum buat semua sahabat2 alam maya yg addin syg dan cintai. alhamdulillah addin diberi satu hari lagi untk terus hidup di muka bumi. mati itu pasti. tap bila, hnya Allah yg menetahui. teruskan khdupan kita sebagai khalifah di muka bumi. mcm biasalah, inshaaAllah hari ini untk entri yg terbaru addin nak kongsi sedikit ilmu berkaitan penyakit pelupa dri segi punca2 berdsrkan teori dan fakta penyebbnya. jika dri segi islamnya terdpat juga yg mmpengaruhi penyakit pelupa. tapi perbncngan dri sudut islamnya addin msih belum berapa pndai untk mnghuraiknnya sebb addin pun blm ckp ilmu untk mnyampaikn. bimbng2 apa yg addin sampaikan salah. mesti kdng2 kita ada mngalami satu peristiwa bila kita lupa sesuatu. tapi jika ia kerap berlaku berkemungkinan ia sebenarnya merupakan satu penyakit. berhati-hati kawan2. kita perlu tahu bagaimana semua ini berpunca. addin akan senaraikan beberapa punca yg dpat dikenalpasti mnjdi penyebb kepada penyakit pelupa ini: 

KURANG TIDUR 


sebenarnya amat berbahaya kepada manusia jika kita mengamalkan tidur lewat sehngga menyebbkan kita kurang tidur. jika sekali sekala dalam sebuln untk bekerja mngkin tdk mengapa. tetapi jika sudah setiap hari. haaa inilah yg perlu deelakkan. addin pun sedng cuba untk kurangkan tdur lewat. takut juga sebenarnya. kalau kta tdur lewat ia sebenarnya sedng mmpengaruhi kesehatan kita. mngkin kita terlalu dihambat dngan kekangan masa sehngga mndesak kita untk tdur lewat. tetapi ketahuilah semua manusia dikurniakan masa yg sama. waktu kehdupan yg sama. nah inilah masanya untk kita mnjdi pengatur masa yg bjak. kawal masa dan gunakannya untk waktu2 yg berkualiti. jika kita sellu kurang tdur ia sebenarnya akan mnggnggu fokus kita pada keesokan harinya dan ia akan mnyebbkan kita hilang tumpuan seterusnya mmbawa kepada lupa. 

GANGGUAN 

berlakunya gangguan atau hentakan kuat pada kepala berpotensi  mengakibatkan memori otak manusia hilang secara tiba2. perkara ini biasanya berlaku kepada mangsa2 kemalangan yang tercedera di bahagian kepala. keadaan ini akan mnyebabkan mangsa yg tercedera sering mengalami lupa dan berisiko menderita penyakit amnesia. 

DADAH DAN ALKOHOL 


Secara teorinya dan praktikal nya pernahkah kita nmpak orng yang mabuk ingat sesuatu?? tidak bukan. nahh inilah punca yg berbahaya kepada org yg mabuk. ketika si pemabuk sedng berkhayal otak nya tdk akn berfungsi dengan berkesan. mereka seperti berada dlm dunia mereka sendiri. masalah ini bertmbh bahaya kepada si penagih dadah tegar kerana sel2 otak mereka akan bercambah dngan bnyak sehngga mnyebbkan mereka ketagih terhdap dadah. alhamdulillah betapa hebatnya syariat Allah yg telah menghrapkan setiap umat islam untk mnjauhi benda2 ini. ingat. ia sebenarnya seperti mnzalimi dri sendri. merosakkn diri serta boleh mmbawa kepada maut. 

ALZHEIMER 
Penyakit ini dikesan melalui gejala mudah lupa, ketidakmampuan untk memberikan seratus peratus konsentrasi dan berlakunya ganguan pada memori. ia juga boleh menimbulkan kekacauan di otak sehngga mnyebbkan pesakit mudah lupa dan berada dlm keadaan kebingungan. pda peringkat permulaan, pesakit akn berasa mudah cemas, kesal, serng marah, jiwa kacau dan mudah lelah. nmun jika suatu tahap yg kronik, pesakit akn lupa kesemua ahli keluarganya dan aktiviti hariannya. 

MIGRAIN 


Jika kita mngalami masalah migrain berkemungkinan besar kita juga akn dihinggapi penyakit pelupa. kita akn berisiko untk mnjdi seorng yg pelupa. apabila migrain menyerang, ia akn menimbulkan rasa sakit di kepala sehngga akhirnya mmbuatkn kita bingung dan mnjdi pelupa buat seketika. 

MENOPAUSE 
Saat memasuki pra menopause atau menopause, seseorng akan mengalami pelbagai gejala akibat dripada perubahan hormon yg drastik. perubahan hormon tersebut berupaya mnghilangkan kebolehan berfikir seseorng sehngga berisiko mnjdi pelupa. 
\
HIPOTIROID 
Ia merupakan satu keadaan dimana pesakit kekurangan hormon tiroid kerana tubuh badan tdk mmpu mnghasilkan hormon yg mncukupi. kekurangan hormon yg penting ini mmpengaruhi ketidakmampuan seseorng untk mngingati sesuatu. 

DEPRESI 


Depresi atau tekanan boleh menyebabkan hilangnya minat dalam sesuatu hal sehngga mngakibatkan seseorng gagal untuk mngingati sesuatu. perkara ini disebabkan oleh faktor gangguan pada fikiran akibat perasaan, emosi dan rasa cemas yg keterlaluan. 
nampak tak sebenarnya bahaya juga pnyakit pelupa ni. ia ibarat rantaian dri penyakit dan perkara lain yg berbeza-beza. jdi jngan abaikn kesihatan diri. bahaya sebenarnya. amalknlah gaya hdup yg sihat. inshaaAllah entri yg seterusnya nnti addin akan cuba sampaikan tips dan cara untk mngatasi masalah serta pnyakit lupa. salam syg dri addin al slam buat semua. moga hari2 anda terus ceria dan lebh baik dri hari ini. 




ARANG AND MAGISTRATE 


Assalamualaikum.
salam syg dri addin buat semua kwn2. lama rasanya addin x update entri terbaru. selamat tnggal september yg benar2 panjng bagi ak. walaupun dalamnya ada mknya yg tnggi tapi lebh bnyak pahitnya dri manis. dan saat addin menulis tika ini, alhamdulillah addin da x mcm september yg dulu. inshaaAllah moga2 begitulah. pengalamn benar2 mngajr ak mnjdi manusia yg perlu belajar dri sebuah kesilapan. perlu merenung pada kesilapan. harap2 addin akn ingat apa yg berlaku, apa yg trjdi dan apa yg addin katakan sampai mati untk mnjdi sebuah kenangan... di mana yg ak sebelm ini pernh memilih jln yg salah dalm menuju ke hadapan. kita jngan takut berpatah balik. kita plk jngan takut untk berpaling ke belakang. ak SEORANG MANUSIA YG MENENTANG ARUS. dah x payah lah addin nk crta apa2 lag. berbalik pada apa yg addin nak crta. penat rasanya bila bnyk sngat lmbakan kerja yg kena dibuat. assignment, exam, kuiq n trip kena uruskan. sempat jugaklah addin layan drama korea. huhuhu.. ini jelah buat addin hppy dngan hobi yg addin ada. tapi kata orng nk sebaik-baik hppy dekatkn dri kpada tuhan. perbnyakkn mmbaca alQuran. itu dah semestinya tnggungjwab kita sebagai muslim. dlm nk memilh tngok drama apa. akhirnya ambik pilihn nk tngok arang and magistrate. secara jujurnya TERBAIK!!! 


Apa yg mmbuatkn ak minat dngan frama ni bgaimana kita memndng sudut manusia itu dri ruang2 yg berbeza. secara ikhlas nya ak bersmpati dngan watak young master. jiwa dia terllu kosong. terllu kosong smpai dia tak sedr apa yg dia buat semuanya adalah salah. bgaimana pnyesalan mmbuatkn dia bunuh diri. masa dia nk bunuh diri tu secara jujurnya ak memng menangis. hati dia btul2 terluka n btul2 x dpat menanggung kesepian yg mncengkap diri dia. dia x nmpk yg sebenrnya seblm semua tu trjdi ad org yg syg dekt dia. watk arang sebelm jdi hntu btul2 mncntai dia. btul2 mnghrapkn prkahwinn dorng mnjdi tapi malangnya x. dpt jgak kita nmpk watk hmba dia yg lelaki tu memng da syg dia sejk dia kcik. semua yg dia buat hmba dia dah tau.. tapi akhirnya hamba dia pon trpaksa balk kg bila pnghjng crta in n dia sempt berdoa kesihatan tuan muda dia. cma dia je yg x nmpak. tapi memng sedihlah.. aii ak ni da bkn crta kisah arangnya. tapi ni lah sejujurnya ak lbh trtrik dngan pngisahan watak young master tu dngan fairy yg mask dlm bdan mak magistrate tu. 


apa2 pun pengisahan arang n magistrate tahap mntap jgak. pnyelesaian masalah n mncri punca kematian arang pon terbaik. 4 bintang lah ak bg. cma kesah2 khas agak biasa jer. tapi kisah mantap. ada jgk babak2 yg kelakar n best. mcm dalm gmbr kat atas ni hehehe.. masa mla2 dorang brjmpa dalam hutan. mcm sengal jer dua2 nya. huhuhu.. apa2 pun harap klau kwn2 brmnat nk tengok crilah drama ni. agak lmbt nk promote sebb dah msuk tv9 dah pon. da lama hbis plak 2. hahahha... tpi mana2 yg x smpat nk tngok. cept. crta ni memng best. selamat mmbaca semua ... harap2 hri mndtng anda semua lebih baik dri hri ini. salam syg dri addin nur al islam. 




Isnin, 7 Oktober 2013

MAHAR CINTA KITA 
PROLOG 

          Makna cinta itu terlalu tinggi bagi seorang gadis bernama qasih. Terlalu indah untuk digambarkan oleh mata, tetapi sulit juga dirungkai melalui hati. Atau mungkin juga makna cinta itu terlalu jauh untuk dimiliki oleh Qasih. Kata pujangga lama, andai tidak mahu terluka kerana cinta jangan pernah terjebak dalam asmara kasih. Tapi cinta itu terlalu agung untuk dicampak ketepi. Ia akan hadir tanpa perlu dipinta. Datangnya seperti ribut. Pergi seperti semut. Hati akan sakit andai cinta meninggalkan manusia. Igauan ngeri bagi manusia. Kalau inilah takdir cinta bagi Qasih, mampukah bertahan dalam derita cinta?
          Terlalu lama rasanya sakit yang mencengkam. Tidak surut-surut rasa cinta ini walau telah lama cuba dipendam ke dasar hati. Sampai bila qasih? Sampai kau mati beragan? Jangan ingat rasa cinta itu mudah kau pendam. Tapi sebenarnya rasa cinta yang kau tanam makin bercambah berdahan-dahan. Jangan sampai kau gila dek cinta lara ini Qasih. Merintihlah sedalam-dalamnya. Kisah lama tak akan berubah menjadi pelangi indah. Apa yang hitam akan terus hitam. Apa yang kelam akan terus kelam di relung waktu. Kalau mungkin kini kau mampu untuk melupakan sepotong nama itu, yakinlah hati mu sebenarnya derita menahan bisikan rindu ini. Yakinlah bahawa sebenarnya kau terlalu mencintai dia. Kau terlalu menyayangi dia. Kau sebenarnya sedang lari dari sebuah masalah yang sedang kau cipta sendiri. Yakinlah. Cinta ini akan terus membara. Semakin lama kau lari, semakin panas cinta ini.
          Derita ini hanya permulaan bagi Qasih. Tapi yakinlah, bahawa penghujungnya pasti akan ada bahagia yang menanti. Jangan sesekali kau menyerah Qasih. Jangan sesekali kau mengalah. Kalau benar inilah takdir mu. Redha lah. Tapi jangan sesekali kau menyalahkan takdir. Jangan sesekali kau menyesali apa yang telah berlaku. Ketahuilah bahawa Tuhan akan terus memberi kekuatan kepada mu. Tuhan tidak akan pernah sesekali mengabaikan mu. Jika inilah takdir mu untuk terus merasa sakitnya hidup, nescaya hujungnya kau akan rasa nikmat yang maha tinggi dari Tuhan. Nikmat yang masih dalam samaran waktu terkehadapan. Nikmat yang perlu kau kejar. Inlah masanya untuk kau rebut peluang. Sesungguhnya setiap kebahagiaan itu tidak akan datang tanpa kau kejar. Jika satu saat nanti setiap bahagia telah kau kecapi. Syukurlah. Nescaya setiap malaikat yang melihat mu akan turut bahagia memerhati. Sematlah seindahnya nama yang kau cinta itu. Kenanglah nama yang kau saying itu. Cintanya padamu Qasih akan terus membara pada mu. Cintanya suci untuk mu. 

Sabtu, 5 Oktober 2013

DEMI BUTIRAN TASBIH INI :')


seketika saat kaki ak melangkah di kebisingan masjid jamek. ak telah terlihat pada kilauan tasbih ini. ak terus memerhati.. terasa runtun kalbu ku melihat jernihnya tasbih ini. ak memegangnya. secara tiba2 hati ku bergetar. subhanallah. betapa saktinya kuasaMu ya Allah telah memberi ak satu perasaan maha hebat getarnya mencengkam hatiku.. benar lah kata sakti pujanggaMu ya Allah. saat manusia itu di hujani beban kehidupan yg mnjatuhkan rasa semangat diri nescaya Allah ak mmberi satu ilham yg mmbuatkn hambanya berdiri kukuh kembali. dan ak saat itu telah disedarkan bahawa ak perlu perbnyakkn lagi zikrullah yg telah lama ak hmpir lupakan. yg telh lama ak hmpr tngglkn. ak tersalah dlm melangkh. ak memndng rngan pda zikrullah Mu yg maha agung hnya gara2 ak telah dikaburkn antara mana yg pentng dn mana yg sampngan. ak telh dikelirikn dl pendidikn islam sndri. ak tdk tahu mmbezakn mna yg sehrusny ak utamakan. ak tdk berpijak di bumi yg nyata. ak hnya diarus khayalan. ak telh dlupakn pada ilmu itu sendiri. bahawa ak telh silap. ak perlu mndasari semula pasak2 itu. ak perlu berbalik pada titik haluan yg ak mulakan. ak telah hmpir tersasr pada jln yg memng lurus d hadapan. ak tdk mahu andai ak terus berjlan di lorong2 itu ak sebenarny hnya mnjunam ke dasar kehinaan semata-mata. ak tdk mahu andai saat ak sedng meniti ke syurgaMu nnti ya Allah ak akn dijunamkn ke Neraka yg maha ngeri keadaannya hnya kerana ilmu yg ak miliki. ak bimbng nnti ak dipersoalkn KEMANA ILMU YG KAU PELAJARI KETIKA DIDUNIA DAHULU??? KENAPA KAMU HNYA MEMPERGUNAKAN ILMU ITU HNYA UNTK KEPENTNGAN MU SENDIRI? KENAPA KAMU MNJAHANAMKAN ILMU ITU PADA JALAN YG TERSESAT JAUH DLM KEGELAPAN?? subhanallah ak tdk mahu bya Allah. cukup lah sekadar ak biasa2 dalam ilmu yg ak ada tetapi ak terus berjuang demi ilmu itu ya Allah. bsesungghnya pintu2 Mu terllu bnyak menuju ke syurga. dan ak memlih pntu yg sesuai dngan diriku untk ke syurgaMu ya Allah. ak adalah manusia biasa. manusia yg berdosa. manusia yg ada salah silapnya. maka bimbnglah ak ya Allah. bimbinglah. ak selemah-lemah manusia. penuh kotor dan hitam di jiwa. :')

INTERVIEW S.P.A 


Assalamualaikum.
salam syg buat semua pembaca yg addin kasihi. alhamdulillah hari2 kita sentiasa diberi satu keindahan iaitu nafas sebagai seorng islam. bahagia rasanya bila setiap insan dikurniakan pelbagai keistimewaan yg boleh dijadikan sebagai satu modul bagi setiap mnusia melegakan hati serta melapangkan jiwa yg resah dan gundah. bagi aku, dengan menulis ak dpat melepaskan apa yg tersmpan di hati. apa yg terpahat di hati serta apa yg mngguris di hati.. penulisan satu jiwa ku... syukur rabu nya lepas ak selesai urusan temu duga SPA untuk jawatan pembantu perpustakaan. seram sejuk jugak badan ni bila kaki melangkah masuk ke perkarangan bangunan temu duga suruhanjaya ni.. rasa macam nak muntah jer. mana taknya ak ni kalau dah gelabah memng nak termuntah. tapi gagahkan jugak. jngan tunjukkn kita ni lemah. kata org keyakinan itu merupakan satu kekuatan bagi insan yg ingin berjaya. pertama kalinya ak rasa ak gembira dengan kputusan yang aku buat. ak rasa inilah kptusan yg terbaik ak buat. ya secara jujurnya klau ak ambk jwapan ni dan ak dpat ia lnsung x berbaloi dngan taraf pndidikn ak sekrng. tapi ketahuilah ak menilai bkn pada taraf ataupun lambakan duit yg ak nak tapi betapa mendalamnya serta betapa dekatnya hati ak pada penulisan. pada hasil2 karya pada sebuah bangunan yg bernama perpustakaan. secara seriusnya memng bermcm-mcm dugaan yg ak dpat sebelum ak nk g interview ni. subhanallah maha suci Allah terllu maha hebat ak diuji. tapi Alhamdulillah semua berjalan dngan lancar walaupun mngkin mlm 2 ak betul2 penat smpai sempat study sikit jer untk persiapan esoknya. pilihlah jalan hidupmu untk kamu terus berjuang di jalan yg telah kamu pilih. ketahuilah bahawa sesungghnya ak telah diberi satu pilihan yg maha tnggi. ak telah diberi satu kata noktah yg memerlukan ak memilih haluan tuju hidup aku. ketahuilah juga ak akn terus melangkah pantas dan ak tdk akn memndng ke belakang 

PAMERAN KRAF HIASAN DALAMAN 2013 


Assalamualaikum.
salam syg buat semua sahabat2 sy sama ada di dunia realiti mahupun maya. moga semuanya berada dlm limpahan rahmat dan kebahagiaan dunia dan akhirat. alhamdulillah dpat ilham lagi nk update entri terbaru.. baru2 ni addin dn pljr2 faculty hospitality sempat berkunjung ke kompleks kraf kuala lumpur sempena pameran seni hiasan dalaman 2013. memng best. rnduu gila dngan kraf tngan ni. mana x nya. dulu pernah terlibat dlm industri mcm ni. huhuhu... sempat jugaklah belajar nak buat kraf anyaman kat sana heheh. apa2 pun semua bdk2 ni sempat lg nak bergmbar bagai. hehhe.. selamat mmbaca semua. 


sebenarnya kalau untk kelas addin (congress) ada assgmnt yg kena buat masa dtg dekat pameran ni. mana x nya inikan semuanya melibatkn pembelajaran pasal event. nak x nak memng sir hanif bagi assgmnt la. best la bdk2 yg lain. dtg kat sana untk jlan2 jer. bahagia. kitorang berenam x sempat pon nk buat apa2. fikir assgmnt jer. dah nk balik 2 brulah fikir sikit pasal bnda2 ni semua. huhuhu.... tapi bnyak jugak la nk kena ingat. peralatan yg digunakan untk event ni. teknologi apalah. hisss stress plak ak nk mikir panjng2. apa2 pon layannnn jer lah semuanya. masa nk balik 2 sempat jugak tau belajar nk anyam buat burung guna mengkuang. susah gila. nak ingat pon x dpat. lebih sush kot dri nak buat ketupat. hehhe. apa2 pon inilah kesi kraf kita yg tdk dimiliki di negara lain. kita patut berbngga. kesenian kita terllu tnggi. 


tengah sibuk nak buat anyaman ni hehehhe :)


DI SINI KITA BELAJAR MENYELAMI HATI SERTA MENGENAL KESALAHAN DIRI. NAMPAK PELIK TAPI INILAH KENYATAANNYA :) 



Assalamualaikum..
alhamdulillah lama rasanya x update entri yg sedikit best2. asyik duka lara jer memanja.... syukur rasanya dpt terus mnghirup udara segar alam ciptaan Tuhan.. syukur rasanya masih terus dpt berzikir memuji kekuasaanMu ya Allah... sabtu yg lepas Addin berkesempatan untuk ikut menyertai pertandingan allstar anjuran KLMU. bukan nak sngat pergi sebenarnya. hehehhe. kena paksa dengan kwn.. klau x memng x lah addin nak pergi kluar rmah mlm2.. tapi x per lah sekurng-kurangnya dpat jugak buat bibir ini tersnyum buat seketika walau mngkin sekejap jer.. perjalanan sikit lmbat.. sementara mnunggu prgram bermula jam 8.30 malam.. kitorang solat maghrib dulu dekat maju junction. sama2 berkmpul dekat depan sogo n jalan kaki. gigih sngat kan.. habis berpeluh peluh badan. penat jer pakai bju vogue2 hahhaha.... lama rasanya x g prgram2 mcm ni. bukan apa klau ada g pon dulu sebb siang.. mlm ni addin sush sikit nak g.. mna x nya sush nak blik kan.. kenderaan pon x der.. tapi memng malam 2 pon x balik rumah merempat kat tepi jalan g ronda2 area kl.. hiss apalah nk jadikan huhu... tapi alhamdulillah walu mngkin apa yg kitorang buat ni nampak mcm budak jahat kannnn.. tapi sempat jugak seketika kitorang semua berbicara hati ke kati di pudu.. kami berkumpul secara bulatan dan muhasabah diri... alhamdulillah rupanya bnyak salah ak dekt kwn2 ak.. dekat sini baru ak sedr apa salah aku. dekat sini baru ak sedar apa khilaf aku.. biar penyampaian sedikit tapi berkesan di jiwa. biar apa yg sampai hnya setitik tapi mencengkam di hati. di sini baru ak sedr apa salah aku. AKU SEORANG MANUSIA YG SUSH MENGAKU SALAH SENDIRI.. rupanya baru ak tahu akibat salah ak ada hati yg terluka.. syukur sebb ak sedr awal2... maaf klau ada salah yg mmbuat hati terluka.. mcm x sngka dalam detik jam 4 pagi kami masih lagi rancak berbicara soal hati ke hati.. di sini juga ak lihat cahaya ilmu terpncar.. 



Rupa2 nya saat matahari mula terpancar di hening ahad. dinihari itu ak trus mengalirkan air mata... ak x pernah malu untuk menangis. ak x pernah malu untuk mngalirkan air mata.. demi Allah ak bersumpah bahawa sesungghnya saat sabtu itu ak kenal siapa diri aku. ak kenal siapa mnusia di sekeliling aku. ak juga kenal siapa yg ada di sisi ak saat segala beban kedukaan dunia sedng mnghempap aku. alhamdulllah ak diberi satu detik waktu yg amat berharga yg tidk sesiapa dpat merebutnya dri aku saat itu. demi sabtu itu juga ak bersumpah bahawa sesungghnya ak kenal yg mana kaca yg mana permata. bahagia rasanya bila kita mndpat satu kelebihan di mana ada manusia yg saggp menangis di sisi kita. cukup ilmu yg sedikit ak ada tapi ak berjaya amalkan apa yg ak pegang. ak bimbng jika ilmu ak terllu luas sehngga ak rupa2 nya telah dilaknat oleh ilmu yg ak pelajari sendiri. syukur ak masih mmpu memikul beban yg tergalas di bahuku. apa2 pun terima kasih dekat syafiq, yati n jiha sebb kita sma2 gembira malam tu kita juga sama2 berkongsi rasa sakitnya hati yg hancur di tikam. rupa2 nya mlm itu terllu panjng bagi kita kerana Allah mmberikn kita kurnia untk kita terus muhasabah diri siapa diri kita yg sebenarnya.. alhamdulillah. walau mngkin manusia lain enak rasanya tdur di bilik yg dingin tapi kami gembira di kaki jejantas untk kita mengkoreksi diri. :)


sempat lagi bergmbar dengan adik sengal aku ni hahahah... :) 

terima kasih sudi meluangkan masa untk mmbaca coretan hati yg x seberapa ni 



Jumaat, 4 Oktober 2013

KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG
RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI 

Assalamualaikum.
salam syg buat semua shabat2 yg sudi untuk melapangkan hari2 anda untk mmbaca luahan hati serta coretan derita dri sy Addin nur al islam. sesungghnya hidup kita ini tdak pernah terjngka apa yg berlaku. tdk pernah terjngka apa yg akn terjadi. sentiasa ada onak nya. sentiasa ada dukanya. tetapi apa yg mnjdi kekuatan ialah hati yg cekal bagaimana kita mnghadapinya. selama ak hidup di dunia ini, ak hnya mngimpikan saat2 bahagia mmpunyai shabat yg hebat di sekeliling. ak tdk pernah memnta maha tinggi hebat perilakunya. cukup sekadar yg mmpu ada di sisi ak saat ak suka juga saat ak duka. ak juga tdk memnta yg maha hebat akhlaknya. ckp sekdr mmpu bersama ak bila ak buat kegilaan..... manusia tdk akn pernah lepas dri sebarang dosa. tdk akn pernah lepas dri melakukn kesalahan mahupun kesilapan. maaf kalau ada yg pernah terasa hati dengan aku. maaf juga kalau sebab mulut ak yg terlancang ada hati yg terluka. sebb ak telah diajar bagaimana mnjdi seorng manusia yg kuat serta manusia yg x akan pernah lemah bla dicaci mahupun di hina. ak telah menjdi seorng manusia yg kebal di sebarang cacian mahupun hinaan. kerana hidup ak telah terllu bnyak dukanya. jika hnya sekadar hemburan mnghina. hnya ibarat hembusan angin lalu mnyapa di wajah ku. hidup kita tdk pernah lepas dri dugaan. ak tdk pernah memnta dikurangkan dugaan ak hnya memnta dikuatkn iman. kerana ak adalah ak. tiada sesiapa pun boleh mngubah ak mnjdi org lain. jika hitam kataku maka hitam la jawapnya. ak hnya ak. tiada apa yg boleh mngubahnya. ak lebih snggup derita dri ak biarkn maruah ak diinjak serta dihina. maruah ak adalah jiwa ku. kita kuat kerana kita masih ada maruah. kita kuat kerana Allah. sesngghnya Allah telah mmberi ku satu perkara yg mmbuatku masih berdiri dri dulu hngga sekarang. MARUAH. maruah lah yg mnjdikan ak masih kuat hngga sekarang.