Custom Glitter Text

Ahad, 20 Oktober 2013

PENYAKIT PELUPA 
(PENYEBABNYA)


Assalamualaikum buat semua sahabat2 alam maya yg addin syg dan cintai. alhamdulillah addin diberi satu hari lagi untk terus hidup di muka bumi. mati itu pasti. tap bila, hnya Allah yg menetahui. teruskan khdupan kita sebagai khalifah di muka bumi. mcm biasalah, inshaaAllah hari ini untk entri yg terbaru addin nak kongsi sedikit ilmu berkaitan penyakit pelupa dri segi punca2 berdsrkan teori dan fakta penyebbnya. jika dri segi islamnya terdpat juga yg mmpengaruhi penyakit pelupa. tapi perbncngan dri sudut islamnya addin msih belum berapa pndai untk mnghuraiknnya sebb addin pun blm ckp ilmu untk mnyampaikn. bimbng2 apa yg addin sampaikan salah. mesti kdng2 kita ada mngalami satu peristiwa bila kita lupa sesuatu. tapi jika ia kerap berlaku berkemungkinan ia sebenarnya merupakan satu penyakit. berhati-hati kawan2. kita perlu tahu bagaimana semua ini berpunca. addin akan senaraikan beberapa punca yg dpat dikenalpasti mnjdi penyebb kepada penyakit pelupa ini: 

KURANG TIDUR 


sebenarnya amat berbahaya kepada manusia jika kita mengamalkan tidur lewat sehngga menyebbkan kita kurang tidur. jika sekali sekala dalam sebuln untk bekerja mngkin tdk mengapa. tetapi jika sudah setiap hari. haaa inilah yg perlu deelakkan. addin pun sedng cuba untk kurangkan tdur lewat. takut juga sebenarnya. kalau kta tdur lewat ia sebenarnya sedng mmpengaruhi kesehatan kita. mngkin kita terlalu dihambat dngan kekangan masa sehngga mndesak kita untk tdur lewat. tetapi ketahuilah semua manusia dikurniakan masa yg sama. waktu kehdupan yg sama. nah inilah masanya untk kita mnjdi pengatur masa yg bjak. kawal masa dan gunakannya untk waktu2 yg berkualiti. jika kita sellu kurang tdur ia sebenarnya akan mnggnggu fokus kita pada keesokan harinya dan ia akan mnyebbkan kita hilang tumpuan seterusnya mmbawa kepada lupa. 

GANGGUAN 

berlakunya gangguan atau hentakan kuat pada kepala berpotensi  mengakibatkan memori otak manusia hilang secara tiba2. perkara ini biasanya berlaku kepada mangsa2 kemalangan yang tercedera di bahagian kepala. keadaan ini akan mnyebabkan mangsa yg tercedera sering mengalami lupa dan berisiko menderita penyakit amnesia. 

DADAH DAN ALKOHOL 


Secara teorinya dan praktikal nya pernahkah kita nmpak orng yang mabuk ingat sesuatu?? tidak bukan. nahh inilah punca yg berbahaya kepada org yg mabuk. ketika si pemabuk sedng berkhayal otak nya tdk akn berfungsi dengan berkesan. mereka seperti berada dlm dunia mereka sendiri. masalah ini bertmbh bahaya kepada si penagih dadah tegar kerana sel2 otak mereka akan bercambah dngan bnyak sehngga mnyebbkan mereka ketagih terhdap dadah. alhamdulillah betapa hebatnya syariat Allah yg telah menghrapkan setiap umat islam untk mnjauhi benda2 ini. ingat. ia sebenarnya seperti mnzalimi dri sendri. merosakkn diri serta boleh mmbawa kepada maut. 

ALZHEIMER 
Penyakit ini dikesan melalui gejala mudah lupa, ketidakmampuan untk memberikan seratus peratus konsentrasi dan berlakunya ganguan pada memori. ia juga boleh menimbulkan kekacauan di otak sehngga mnyebbkan pesakit mudah lupa dan berada dlm keadaan kebingungan. pda peringkat permulaan, pesakit akn berasa mudah cemas, kesal, serng marah, jiwa kacau dan mudah lelah. nmun jika suatu tahap yg kronik, pesakit akn lupa kesemua ahli keluarganya dan aktiviti hariannya. 

MIGRAIN 


Jika kita mngalami masalah migrain berkemungkinan besar kita juga akn dihinggapi penyakit pelupa. kita akn berisiko untk mnjdi seorng yg pelupa. apabila migrain menyerang, ia akn menimbulkan rasa sakit di kepala sehngga akhirnya mmbuatkn kita bingung dan mnjdi pelupa buat seketika. 

MENOPAUSE 
Saat memasuki pra menopause atau menopause, seseorng akan mengalami pelbagai gejala akibat dripada perubahan hormon yg drastik. perubahan hormon tersebut berupaya mnghilangkan kebolehan berfikir seseorng sehngga berisiko mnjdi pelupa. 
\
HIPOTIROID 
Ia merupakan satu keadaan dimana pesakit kekurangan hormon tiroid kerana tubuh badan tdk mmpu mnghasilkan hormon yg mncukupi. kekurangan hormon yg penting ini mmpengaruhi ketidakmampuan seseorng untk mngingati sesuatu. 

DEPRESI 


Depresi atau tekanan boleh menyebabkan hilangnya minat dalam sesuatu hal sehngga mngakibatkan seseorng gagal untuk mngingati sesuatu. perkara ini disebabkan oleh faktor gangguan pada fikiran akibat perasaan, emosi dan rasa cemas yg keterlaluan. 
nampak tak sebenarnya bahaya juga pnyakit pelupa ni. ia ibarat rantaian dri penyakit dan perkara lain yg berbeza-beza. jdi jngan abaikn kesihatan diri. bahaya sebenarnya. amalknlah gaya hdup yg sihat. inshaaAllah entri yg seterusnya nnti addin akan cuba sampaikan tips dan cara untk mngatasi masalah serta pnyakit lupa. salam syg dri addin al slam buat semua. moga hari2 anda terus ceria dan lebh baik dri hari ini. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan