Custom Glitter Text

Khamis, 28 Mei 2015

SENYUMLAH SELAGI TERMAMPU 


Assalamualaikum.... salam bahagia buat semua teman2 yg masih lagi sudi terus membaca catatan yg x seberapa ni. kdng2 manalah tahu setiap coretan ak ada yg mngguris perasaan mahupun hati. ampun beribu kali ampun. moga salah2 itu x mmbawak ak susah di alam seterusnya. apa yg aku nk kongsikan kali ni?? agaknya? sush untk meneka apa yg ak nk sampaikn kalau hnya sekadar berpandukan tajuk dan gambar kat atas. suka untk aku tegaskan sampai bila2 senyumlah selagi kita mampu. gembiralah selagi kita boleh dan ketawalah selagi kita ada kudrat. selagi ada kekuatan dan selagi ada kesihatan. kdng2 dngan tersenyum dan dengan ketawa rasa sakit boleh pulih dan rasa melarat boleh hilang. dan akulah salah seorngnya. yg boleh kmbali kuat. yg boleh kmbali sehat dan yg boleh rasa nikmat ketawa. kdng2 ramai orng menidakkan kuasa ketawa. melupakan nikmat pemberian tuhan untk tersenyum. sedngkan selalu diulang-ulang bahawa dngan tersenyum itu sendiri boleh mngawetkan usia!!! wahhhhh betapa hebat kuasa tersenyum.... maka senyumlah selagi boleh yer kawan2. 

kadang2 selalu org kata. senyum tu mudah. senng. atau mngkin senyumlah. x sush manapunkan. tapi sebenarnya senyum ni sush untk kita berikan melainkan dngan ikhlas. sebb kenapa. org boleh tahu sejauh mana snyum kita. semanis mana gula yg kita berikan pada senyuman kita. dan snyuman kita itu melambangkan keikhlasan hati kita. sebb tu ada org ckp selebar mana manis snyumn yg kita beri tetapi andai kosong nilai ikhlasnya akan tetap nampak buruk di mata manusia. senyum busuk atau mngkin senyuman kipokrit. bagi aku sndiri sebenarnya sush untk ak berikan snyuman. sebb tu org selalu kata aku sombong. dah berpuluh puluh kata nista yg ak dapat. sombong! bongkak mahupun poyo. semuanya sebb ak kurng memberikan senyuman. tapi nak tahu x kenapa aku mcm tu?? kenapa ak sush nak snyum masa zaman2 sekolah dulu. zaman2 di mana ak masih yg dulu. yg lama yg org kata terlalu bodoh terlalu hina. sebb ak lansung x ada kwn yg kenal ak. yg boleh ak cerita A sampai Z. yg boleh ak kongsi buruk hina dan baik ak. cerita gembira aku mahupun cerita sedih ak. 
tapi mesti akn ada yg ckp kwn ni kan boleh cari. yerr memng betul kwn kita boleh cari tapi sejauh mana yg dpt terima buruk kita? kwn.... mana2 kita ada kwn. sekejap jer kita boleh ada kwn. tapi yg bernama sahabat itu..... sampai mati mngkin hnya seorng atau dua sahaja yg bernama sahabat. 



ak dah ckup bnyak kwn2 yg busuk mahupun yg sellu bercerita belakang. yg mngeji yg mnghina. dah terlalu bnyak dah.... maaf kepada yg terasa. tapi ini jujur dri hati aku. dan ucapan berjuta syg buat sahabat yg kenal ak. yg faham ak dan ada dngan ak saat ak jatuh. saat ak tak ada apa2. dan saat ak masih lagi dalam samar. terima kasih tak terhingga. moga kebaikan semua terbalas di akhirat nnti. ak tak pernah nafikan dngan mngingati Allah hati akan tetang. dngan mmbaca AlQuran hati akn tenng. dngan berzikir hati akan tenng. semua itu memng keperluan kita. makanan kita. dan sebagai hamba itulah tanggungjawab kita. memng kita tak boleh elak. tapi jujur, kadng2 dngan kita memiliki sahabat yg terbaik mereka mmpu membuatkan kita rasa dihargai. rasa selamat serta rasa tenng. pilihlah sahabat dngan sebaiknya. jngan sampai salah. sekali salah pilihan kita. musnah semua. kawan yg terbaik adalah mereka yg mmpu memberikan ketenngan kepada hati kita. jngan terlalu munafik dngan islamiknya. jngan terlalu kata kau suci dngan buat semua amalan2 kau dah cukup tenng. kau ingat dngan kau berdiri angkuh macm tu kau dah cukup hebat.?? kau silap kwn. kau perlu penyokong. kau perlu manusia untuk mnyanggah kau dari jatuh terhumban ke bawah. 

apa yg selalu aku belajar dan aku ingat smpai sekarang, jngan pernah mnyesal dngan apa yg dah berlalu. jngan pernah buruk sngka dngan Tuhan. jngan pernah rasa aku tak sepatutnya jadi mcm ni. apa yg dah berlalu itulah penerusnya. jngan berundur. teruskan... ada lagi jln di hadapan. semua ni merupakan faktor kekuatan aku. rasa sihatnya ak dan rasa kemmpuan ak untk trus berdiri mnghadapi hari2 yg mndtng. terima kasih sangat2. tanpa semua ni ak dah tersungkur jatuh. ak tak perlukan kwn yg terllu islamik untk pndng hina aku atau pndng dirinya terlalu malaikat. atau mngkin kwn yg rasa dirinya ckp bagus. serta nak sokseksoksek belakang aku. ak hnya perlukan mereka2 yg tahu kita sama2 salah. sama2 buruk serta ada inisiatif untk berubah serta kenal siapa serta apa pngakhiran kita. 



Aku tak pernah pun menyesal kenal KLMUC. dan ak tak pernah mnyesalpun dngan apa yg ak pilih sebb dekat sini aku kenal kwn2 yg sebenar. dkat sini jgak ak kenal siapa yg syg aku. n dkat sini jgk ak kenal siapa yg boleh terima baik buruk aku. terima kasih sngat2. sebb masih buat ak terus tersenyum. masih buat ak terus tertawa dan masih buat ak terus gembira. Allah!!! aku bersyukur sngat2. jnganlah hilangkan nikmat tersenyum ak ini walau mngkin sakit serta rebah aku ke bumi. terima kasih ya Allah......... 



Rabu, 27 Mei 2015

MENOKTAHKAN SEBUAH KEJAYAAN :) 


Assalamualaikum buat semua pembaca2 yang x seberapa di blog aku ni. pertama-tamanya ucapan syukur kepada Allah kerana masih lagi memberikan udara serta nafas dalam diri untk terus hidup di dunia ini. tanpa Mu hidupku hilang arah dan tanpaMu aku bukan siapa2. kedua tak terhingga ucapan syg buat mak dan bapak. terima kasih. kerana ibu bapa juga aku ada di sini. siapa sangka si bodoh dulu akhirnya tamat ijazah sarjana muda dengan penuh gahnya. (taklah se-gah manapun) ayat jer yang terlampau. hahahha.. penegasan kembali kepada si bodoh dulu. yaaa Akulah sibodoh itu. yg dihina dan di caci. yg dipinggir dan di pandang hina. manusia secara nuraninya akan lebih ingat kata2 hina dari kata2 pujian. begitu jugak aku. sebb tu aku manusia biasa. bukan dewa mahupun malaikat. yg suci tak terkata..... 
tapi bukan itu yg aku nak cerita. bukan balas dendam yg nak dikesahkan. tapi bagaimana rasa syg nak meningglkn kwn2 yg aku utamakan. betullah kata2 ckgu. zaman beljr merukan perkara yg paling seronok dan akn terus kekal dlm hati kita sampai bila2. dekat sini jugak kita kenl mcm2 perngai kwn2 yg sebenarnya dan rasa erti sebuah persahabatan. dekat sini jugak ak mula kenal siapa kwn siapa lawan. dan kat sini jgk ak kenal rasa memiliki sahabat sejati. yg snggup berkongsi suka dan duka. 


dulu masih segar semua dlm ingat saat2 berumur lingkungan 9 ke 12 tahun. ckgu sekolah rendah selalu cakp. belajar rajin2 sehngga ke menara gading. tapi masa tu masih x paham sngat kepentingan semua tu. aku mcm biasalah dngan perangai syaitooon nya. mana nak ingat semua tu. sedngkan ak sndiri sedar betapa pentingnya pendidikan. betapa tngginya martabat ilmu serta pandngan masyarakat trhadap org2 yg berilmu. masa terus berjalan dan akhirnya aku di sini. yaaaa...... sangat2 gementar. sngat2 terharu dan sebak. masa tu semua terasa mnggigil. sebb inilah kepuncak kejayaan untk aku. rasa badan seriau. seram sejuk pun ada. makin membngkitkan rasa semngat untk aku waktu tu bila semua dalam perbarisan diiringi rentak gamelan..... perhhhhhhhh....... Allah Allah Allah je yg tahu rasa sebak sampai air mata menitik. 



semua ni khas untk mak ngan bapak. seronok akhirnya bila impian aku nak bgi mak ngn bapak tengok aku naik atas pentas tercapai. siapa yg tak bangga bila nama kita berkumandang seluruh dewan utama. yang memuatkan hampir beribu-ribu org. terima kasih juga sebb sudi dtg mak n bapak. tapi yg paling best bilaa dapat bunga.. hehehhe. mak bagi kot. mana x sukanya. dan sekarang bermulanya fasa dalam kdupn yg penuh ranjau. bekerja dan bekerja. cari duit nak bayar hutang beribu-ribu. hahhahahah..... selamat berjaya buat semua kawan2. khas untuk klmuc terima kasih untung segulung ijazah!!!! 

Rabu, 11 Februari 2015

SENYUM SEINDAH BINTANG TIMUR


Assalamualaikum..... alhamdulillah. mungkin trlalu lama mnyepi telh mmbuatkn aku terasa seperti kekok. atau mngkin aku yg telah hilang rasa untuk membntuk mimpi2 yg lebih indah di hadapan aku. kadang2 rasa tawar telah mmbuatkan kita hilang rasa tersenyum. rasa tawar telah mematikan garis2 senyuman diwajah. tapi ingatlah tawar itu bukn semuanya busuk. atau mngkin rasa kelat yg telah bercampur membuatkn kita tdk mmpu membezakannya. BELAJARLAH UNTUK TERSENYUM WALAU RASA PAHIT JADAM TELAH MENUSUK-NUSUK HATI DAN SELURUH SANUBARI. kadang2 senyuman ini memberi kita rasa didikan yg paling tnggi dalam hidup kita. dan snyuman jugalah yg telah memberikan kita rasa nyawa didunia ini. memberikan rasa kesegaran serta rasa untk terus mnghirup udara alam. 
jujurnya semua manusia tdk akn pernah lepas dri dirempuh badai mahupun ombak gelora. jadi kenallah mana halangan untk kita siaga dngan rasa senyumn di wajah. walau sakitnya tergurus maha dalam tak terkata. kenapa aku katakn seperti itu? sebb2 utamanya kita semua ada insan yg kita syg. kita ada org yg sentiasa di sisi kita. jujur tak ada sesiapa yg mahu melihat org yg kita syg menangis semata-mata kerana kita. 
dalam saat2 ini, ak paling dekat dngan angin rndu kmpung halaman aku. bayu similir yg mnghmbus serta redup mata ibu. "mak.... rnduu sngat dekat mak." dalam aku melihat gmbr2 yg ada d pc, ak terlihat photo yg ak kongsikan.... kunci air ini ada seribu mkna yg tersurat.. kalau lah aku sekuat tembok yg melepaskan deru air yg menendang. pasti tak terlaju air mata aku yg menitis. :)