Custom Glitter Text

Rabu, 24 Februari 2016

SEDANG PANTAI LAGI BERUBAH 

Assalamualaikum.....
lama rasanya aku tak menulis di sini. kira-kira sudah hampir setahun. dan masapun bagai aku tak pernah terasa berganjaknya. tapi hakikat, yaa masa terus lama meninggalkan aku. terus lama berpaling dari aku. mana mungkin kita manusia bisa menggapai sesaat yang terlepas. dan kira-kira setahun ini juga aku kira sudah terlalu banyak perkara yang aku dah lalui. tak kira siapa tak kira manusia. kadang-kadang seminggu tak bersua muka pun kita terasa rindu lagilah setahun kiranya. tak begitu??

dan rupa-rupanya juga sudah setahun aku menamatkan pengajian..... rasanya tak banyak yg berubah dalam hdup ak kalau nak dikira dari sudut kemajuan. masih juga mncari cari arah tuju. masih juga tercari cari siapa diri ini. tapi yang paling aku tahu ak rinduuuuu dengan semua kenangan zamn2 masih bergelar pelajar. mana ada manusia yg tak rinnduuu dngan zamn tu. kalau masa ni berputer ligat ke belakang. zaman itulah hampir semua plih. di mana kita tak lagi terbeban dngan semua permasalahan dunia. di mana kita masih lagi perlu memikul serta mnggalas seluruh harapan keluarga. siapa kata aku tak rinduu dngan kwn2? yaa lah mereka tempat kita ketawa. tempat kita menangis.... semua ada dngan mereka. tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermain. kenangan terus jadi kenangan. dan memori akn kekal dalam fikiran. 

sedangkan pantai lagi berubah inikan pula manusia.....
manusia ni sifatnya terlalu kompleks sehingga org lain tak akan mampu untuk menilai seseorng secara tetap. jika ada mungkin ada sipi-sipinya juga. lagilah bila hati manusia sendiri terlalu dalam untuk kita ketahui. samarnya bagai malam yg kelam. dan pekatnya tak termampu difikir. kita ketahui yaa kdng2 semkn lama kita kenal seseorng sebnarnya semkn bnyk yg kita tak dapat fahami. dri seluas2 alam sehnggala sekecil2 perkara. manusia ini terllu susah untk diketahui apa mahunya. aku bukan bercerita sekadar melepas lelah, tetapi bercerta mengenai betapa aku sndiri tak memahami diri aku. yg membawa roh ak. yg selama ini ak kenal dan aku ketahui siapa aku..... tapi yakinilah suatu saat setiap manusia akan melalui waktu2 di mana dia tak kenal siapa diri dia. dia lupa bahawa masih ada seseorng disisinya. 

Sedang malam bertukar siang. dan siang berganti malam.
dalam dunia ini manusia itu pasti akan merasai semua perkara fitrah.
menangis
ketawa
sedih
gembira
bahagia
dan yang paling mendukakan kita kehilangan seseorang yg kita syg
tak ada manusia yg akan terlepas semua itu. kalau bukan hari ini mungkin esok. dan kalau bukan esok mngkin akan datng.
kita akan tetap melalui dunia ini dngan pelbagai jaln yg trllu liku. yg mngkin arahnya kadang2 kabur, atau silau dihadapan. 

bagi aku setahun yg tertinggal ini seperti mengajar aku bahawa aku bukanlah siapa2. setahun ini banyak mngajar aku erti air mata. erti tangisan yg sebenar. dan tak ada air mata yg bernilai gugur ke tanah melainkan kita menangis menyesal dngan apa yg telah kita lakukan. 
kita kdng2 tahu. ada sesetengah perkara kita tak dpt jangkau serta tafsirkan. 
dan mngkin bagi aku dngan air mata ini, dapat mngubat jiwa yg sedng lara. 

tak salah untk kita menumpahkan air mata, kerana air mata ini satu2nya sahabat bagi mereka yg telah hilang seseorg yg boleh kita sndarkan.
air mata juga satu penawar sebenarnya. kalau dulu mngkin aku pernah melihat bagaimana seseorng menngis kerana hilang org yg dia syg. tapi siapa tahu rupa2nya kita pula yg akn merasai saat2 sepi seperti itu. aku kdng2 seperti tak percaya juga. tak sangka, rupa2nya mak dah tak ada dlm hidup aku. dulu ingat lagi setiap mnggu mesti ak akan call mak. tanya mak. mak tengah buat apa? mak dah makan ke belum? tadi mak kerja ke? huhuhu... lepas tu gelak2 cerita gosip2 kat kg. biasalah mesti ada certa yg nak disampaikan. kwn ko yg ni nak kawin mnggu depan. ko balik tak? yaa??? tak jemputpun tak naklahh... tapi balikk kot... 

yaaa aku rindu sngat nak buat semua tu. bila sampai waktu kau rasa mngkin benda tu biasa. tapi percayalah kenngan tu seperti trllu perit untk kau ingat. siapa tahu mngkin lepas ni kita dah tak akan merasa semua tu. siapa jugaklah yg tahu mngkin itu suara terakhir yg kau akn dngar. 
jadi jngan sombong untk call mak kita yaa..... percayalah sekecil kecil perkara akn mmbuatkn kau rasa seperti gunung yg mnghmpap kau untk kau lakukn sekarng... tapi hakikatnya kau dah tak boleh nak buat... kalau dulu rasa rindu itu bagi aku adalah tersenyum. tapi sekrng bagi aku rasa rindu itu adalah air mata. untng kwn2 yg memng setiap saat dn waktunya ada di sisi keluarga. kdng2 trfikir, kalaulah dlu ak tak smbung belajar mesti sekurng-kurngnya ak ada masa 4 tahun untk brsama mak. tapi tak elok sebenarnya fikir mcm tu. sukurng kurangnya ak dah bagi satu hdiah yg bermakna bagi mak.

ingat lagi masa konvo.... terima kasih mak sebb dtg. suka tengok mak senyum. tak habis2 ak tanya, mak nampak tak tdi masa ada atas pentas.......
mak cakap nampakk... siap ada tv besarkan. lagi2 bila nama kita dibacakan dngan kuat. 
yaaa bagi aku 2015 terlalu bnyak perubahannya.
trlalu bnyk kenngan yg tak dpt dikumpulkn
dan trllu bnyk perkara sebenarnya bagi aku yg masih belum lngkap.
kdng2 sekrng ak rasa kekuatan aku separuh hilang. yaa lah. keberkatan kita ni seluruhnya dari doa ibu bapa kita. lagi2 mak kita yg memng itulah syurga bagi kta. 

maaf kalau ini sesi untk aku meluahkn rasa. mngkin dah terlalu lama tak menulis. rasa janggal tu terllu bnyk lahirnya. dan kurang juga tapisannya.
tiba2 rindu dngan kwn2. harap semua bagia :)
terima kasih sebb ada di sisi aku.
kala duka dan gembira
maaf kalau ak yg tak ada di saat kau org berair mata
tapi aku memahami
kita semua sama
kita ada hati
kita ada jiwa
di mana manapun
ak tetap ingat semua
untk kwn yg sntiasa ada di sekeliling
depan mata mahunpun hp semata mata
kita still berhubung dan bercerita
]harap kita berjumpa lagi satu hari nnti.....

Khamis, 28 Mei 2015

SENYUMLAH SELAGI TERMAMPU 


Assalamualaikum.... salam bahagia buat semua teman2 yg masih lagi sudi terus membaca catatan yg x seberapa ni. kdng2 manalah tahu setiap coretan ak ada yg mngguris perasaan mahupun hati. ampun beribu kali ampun. moga salah2 itu x mmbawak ak susah di alam seterusnya. apa yg aku nk kongsikan kali ni?? agaknya? sush untk meneka apa yg ak nk sampaikn kalau hnya sekadar berpandukan tajuk dan gambar kat atas. suka untk aku tegaskan sampai bila2 senyumlah selagi kita mampu. gembiralah selagi kita boleh dan ketawalah selagi kita ada kudrat. selagi ada kekuatan dan selagi ada kesihatan. kdng2 dngan tersenyum dan dengan ketawa rasa sakit boleh pulih dan rasa melarat boleh hilang. dan akulah salah seorngnya. yg boleh kmbali kuat. yg boleh kmbali sehat dan yg boleh rasa nikmat ketawa. kdng2 ramai orng menidakkan kuasa ketawa. melupakan nikmat pemberian tuhan untk tersenyum. sedngkan selalu diulang-ulang bahawa dngan tersenyum itu sendiri boleh mngawetkan usia!!! wahhhhh betapa hebat kuasa tersenyum.... maka senyumlah selagi boleh yer kawan2. 

kadang2 selalu org kata. senyum tu mudah. senng. atau mngkin senyumlah. x sush manapunkan. tapi sebenarnya senyum ni sush untk kita berikan melainkan dngan ikhlas. sebb kenapa. org boleh tahu sejauh mana snyum kita. semanis mana gula yg kita berikan pada senyuman kita. dan snyuman kita itu melambangkan keikhlasan hati kita. sebb tu ada org ckp selebar mana manis snyumn yg kita beri tetapi andai kosong nilai ikhlasnya akan tetap nampak buruk di mata manusia. senyum busuk atau mngkin senyuman kipokrit. bagi aku sndiri sebenarnya sush untk ak berikan snyuman. sebb tu org selalu kata aku sombong. dah berpuluh puluh kata nista yg ak dapat. sombong! bongkak mahupun poyo. semuanya sebb ak kurng memberikan senyuman. tapi nak tahu x kenapa aku mcm tu?? kenapa ak sush nak snyum masa zaman2 sekolah dulu. zaman2 di mana ak masih yg dulu. yg lama yg org kata terlalu bodoh terlalu hina. sebb ak lansung x ada kwn yg kenal ak. yg boleh ak cerita A sampai Z. yg boleh ak kongsi buruk hina dan baik ak. cerita gembira aku mahupun cerita sedih ak. 
tapi mesti akn ada yg ckp kwn ni kan boleh cari. yerr memng betul kwn kita boleh cari tapi sejauh mana yg dpt terima buruk kita? kwn.... mana2 kita ada kwn. sekejap jer kita boleh ada kwn. tapi yg bernama sahabat itu..... sampai mati mngkin hnya seorng atau dua sahaja yg bernama sahabat. 



ak dah ckup bnyak kwn2 yg busuk mahupun yg sellu bercerita belakang. yg mngeji yg mnghina. dah terlalu bnyak dah.... maaf kepada yg terasa. tapi ini jujur dri hati aku. dan ucapan berjuta syg buat sahabat yg kenal ak. yg faham ak dan ada dngan ak saat ak jatuh. saat ak tak ada apa2. dan saat ak masih lagi dalam samar. terima kasih tak terhingga. moga kebaikan semua terbalas di akhirat nnti. ak tak pernah nafikan dngan mngingati Allah hati akan tetang. dngan mmbaca AlQuran hati akn tenng. dngan berzikir hati akan tenng. semua itu memng keperluan kita. makanan kita. dan sebagai hamba itulah tanggungjawab kita. memng kita tak boleh elak. tapi jujur, kadng2 dngan kita memiliki sahabat yg terbaik mereka mmpu membuatkan kita rasa dihargai. rasa selamat serta rasa tenng. pilihlah sahabat dngan sebaiknya. jngan sampai salah. sekali salah pilihan kita. musnah semua. kawan yg terbaik adalah mereka yg mmpu memberikan ketenngan kepada hati kita. jngan terlalu munafik dngan islamiknya. jngan terlalu kata kau suci dngan buat semua amalan2 kau dah cukup tenng. kau ingat dngan kau berdiri angkuh macm tu kau dah cukup hebat.?? kau silap kwn. kau perlu penyokong. kau perlu manusia untuk mnyanggah kau dari jatuh terhumban ke bawah. 

apa yg selalu aku belajar dan aku ingat smpai sekarang, jngan pernah mnyesal dngan apa yg dah berlalu. jngan pernah buruk sngka dngan Tuhan. jngan pernah rasa aku tak sepatutnya jadi mcm ni. apa yg dah berlalu itulah penerusnya. jngan berundur. teruskan... ada lagi jln di hadapan. semua ni merupakan faktor kekuatan aku. rasa sihatnya ak dan rasa kemmpuan ak untk trus berdiri mnghadapi hari2 yg mndtng. terima kasih sangat2. tanpa semua ni ak dah tersungkur jatuh. ak tak perlukan kwn yg terllu islamik untk pndng hina aku atau pndng dirinya terlalu malaikat. atau mngkin kwn yg rasa dirinya ckp bagus. serta nak sokseksoksek belakang aku. ak hnya perlukan mereka2 yg tahu kita sama2 salah. sama2 buruk serta ada inisiatif untk berubah serta kenal siapa serta apa pngakhiran kita. 



Aku tak pernah pun menyesal kenal KLMUC. dan ak tak pernah mnyesalpun dngan apa yg ak pilih sebb dekat sini aku kenal kwn2 yg sebenar. dkat sini jgak ak kenal siapa yg syg aku. n dkat sini jgk ak kenal siapa yg boleh terima baik buruk aku. terima kasih sngat2. sebb masih buat ak terus tersenyum. masih buat ak terus tertawa dan masih buat ak terus gembira. Allah!!! aku bersyukur sngat2. jnganlah hilangkan nikmat tersenyum ak ini walau mngkin sakit serta rebah aku ke bumi. terima kasih ya Allah......... 



Rabu, 27 Mei 2015

MENOKTAHKAN SEBUAH KEJAYAAN :) 


Assalamualaikum buat semua pembaca2 yang x seberapa di blog aku ni. pertama-tamanya ucapan syukur kepada Allah kerana masih lagi memberikan udara serta nafas dalam diri untk terus hidup di dunia ini. tanpa Mu hidupku hilang arah dan tanpaMu aku bukan siapa2. kedua tak terhingga ucapan syg buat mak dan bapak. terima kasih. kerana ibu bapa juga aku ada di sini. siapa sangka si bodoh dulu akhirnya tamat ijazah sarjana muda dengan penuh gahnya. (taklah se-gah manapun) ayat jer yang terlampau. hahahha.. penegasan kembali kepada si bodoh dulu. yaaa Akulah sibodoh itu. yg dihina dan di caci. yg dipinggir dan di pandang hina. manusia secara nuraninya akan lebih ingat kata2 hina dari kata2 pujian. begitu jugak aku. sebb tu aku manusia biasa. bukan dewa mahupun malaikat. yg suci tak terkata..... 
tapi bukan itu yg aku nak cerita. bukan balas dendam yg nak dikesahkan. tapi bagaimana rasa syg nak meningglkn kwn2 yg aku utamakan. betullah kata2 ckgu. zaman beljr merukan perkara yg paling seronok dan akn terus kekal dlm hati kita sampai bila2. dekat sini jugak kita kenl mcm2 perngai kwn2 yg sebenarnya dan rasa erti sebuah persahabatan. dekat sini jugak ak mula kenal siapa kwn siapa lawan. dan kat sini jgk ak kenal rasa memiliki sahabat sejati. yg snggup berkongsi suka dan duka. 


dulu masih segar semua dlm ingat saat2 berumur lingkungan 9 ke 12 tahun. ckgu sekolah rendah selalu cakp. belajar rajin2 sehngga ke menara gading. tapi masa tu masih x paham sngat kepentingan semua tu. aku mcm biasalah dngan perangai syaitooon nya. mana nak ingat semua tu. sedngkan ak sndiri sedar betapa pentingnya pendidikan. betapa tngginya martabat ilmu serta pandngan masyarakat trhadap org2 yg berilmu. masa terus berjalan dan akhirnya aku di sini. yaaaa...... sangat2 gementar. sngat2 terharu dan sebak. masa tu semua terasa mnggigil. sebb inilah kepuncak kejayaan untk aku. rasa badan seriau. seram sejuk pun ada. makin membngkitkan rasa semngat untk aku waktu tu bila semua dalam perbarisan diiringi rentak gamelan..... perhhhhhhhh....... Allah Allah Allah je yg tahu rasa sebak sampai air mata menitik. 



semua ni khas untk mak ngan bapak. seronok akhirnya bila impian aku nak bgi mak ngn bapak tengok aku naik atas pentas tercapai. siapa yg tak bangga bila nama kita berkumandang seluruh dewan utama. yang memuatkan hampir beribu-ribu org. terima kasih juga sebb sudi dtg mak n bapak. tapi yg paling best bilaa dapat bunga.. hehehhe. mak bagi kot. mana x sukanya. dan sekarang bermulanya fasa dalam kdupn yg penuh ranjau. bekerja dan bekerja. cari duit nak bayar hutang beribu-ribu. hahhahahah..... selamat berjaya buat semua kawan2. khas untuk klmuc terima kasih untung segulung ijazah!!!! 

Rabu, 11 Februari 2015

SENYUM SEINDAH BINTANG TIMUR


Assalamualaikum..... alhamdulillah. mungkin trlalu lama mnyepi telh mmbuatkn aku terasa seperti kekok. atau mngkin aku yg telah hilang rasa untuk membntuk mimpi2 yg lebih indah di hadapan aku. kadang2 rasa tawar telah mmbuatkan kita hilang rasa tersenyum. rasa tawar telah mematikan garis2 senyuman diwajah. tapi ingatlah tawar itu bukn semuanya busuk. atau mngkin rasa kelat yg telah bercampur membuatkn kita tdk mmpu membezakannya. BELAJARLAH UNTUK TERSENYUM WALAU RASA PAHIT JADAM TELAH MENUSUK-NUSUK HATI DAN SELURUH SANUBARI. kadang2 senyuman ini memberi kita rasa didikan yg paling tnggi dalam hidup kita. dan snyuman jugalah yg telah memberikan kita rasa nyawa didunia ini. memberikan rasa kesegaran serta rasa untk terus mnghirup udara alam. 
jujurnya semua manusia tdk akn pernah lepas dri dirempuh badai mahupun ombak gelora. jadi kenallah mana halangan untk kita siaga dngan rasa senyumn di wajah. walau sakitnya tergurus maha dalam tak terkata. kenapa aku katakn seperti itu? sebb2 utamanya kita semua ada insan yg kita syg. kita ada org yg sentiasa di sisi kita. jujur tak ada sesiapa yg mahu melihat org yg kita syg menangis semata-mata kerana kita. 
dalam saat2 ini, ak paling dekat dngan angin rndu kmpung halaman aku. bayu similir yg mnghmbus serta redup mata ibu. "mak.... rnduu sngat dekat mak." dalam aku melihat gmbr2 yg ada d pc, ak terlihat photo yg ak kongsikan.... kunci air ini ada seribu mkna yg tersurat.. kalau lah aku sekuat tembok yg melepaskan deru air yg menendang. pasti tak terlaju air mata aku yg menitis. :) 

Ahad, 14 September 2014

BERIBU PENGHARGAAN :)



Assalamualaikum.. salam syg buat semua shabat2 serta sesiapa sahaja yg sudi untk membaca coretan x seberapa ini. yg pertama sekali ak nak ucapkan terima kasih sebb sudi baca. dan yg kedua. inilah kisah ak. inilah perjalann hdup ak dan inilah luahan hati aku. kali ini ak cuma nak brcerita soal terima kasih. berkaitan penghargaan. dan membebel soal kasih syg..... kita kdng2 lupa org di sekeliling kita. kita kdng2 lupa siapa yg ada di sisi kita. dan yg paling utama kita lupa siapa sebenarnya musuh kita. kita jdikan musuh sebagai sahabat kita sedngkan dia hnya berpakaian kemas. dan di dalamnya ada seekor musang yg akan meragut nyawa kita. betullah kata2 pepatah lama. lakuknlah berapa bnyk pun kebaikan nescaya kebaikanmu hnya seperti hama. kabur di mata. tak terlihat dipndngan... tetapi kau lakuknlah satu kesalahan. nescaya kejahatanmu mahupun kesilapanmu akn seperti gunung di punak awan tngginya. yaaa itulah manusia. manusia yg lupa siapa sahabatnya. manusia yg sentiasa leka dngan khdupannya. hnya seperti org2. tegak berdiri tak bernyawa... hnya mnghinakan. konon2nya tugas utama sebagai pnghalau burung tap rupanya dia hnya mematong. hehehhe..... wahhhhh penat ak nk bermadah-madah.. bukan org paham pun. hehehhe.... 



sebenarnya kalau kita dah lama x berjmpa kwn2 kta, bila saat kita terlalu sibuk. ia memng akn mmbuatkn kita rasa gmbira. rasa nk bercerta mcm2. manalah taknya, lama x jmpakan. kalau sekali dah brjmpa tu mmng mngarutlah jawapannya. itulah sebenrnya pnting kawan. bukn sekdr tmpat berkongsi rasa gmbira tapi juga tmpat berkongsi rasa sedih... jadi mngapa kau sntiasa mngharapkan seorg sahabat yg sempurna sedngkan kita memng dicpta untk saling mmbntuk kesempurnaan.?? hargailah selagi ada.. cintailah selagi gembira tapi ingat. jngan sampai mmbnci sepenuh-penuhnya..... sampai lupa bahawa kita ini ada cacat celanya.. yaaa ak akui.. ak ada satu keburukn yg sampai sekrng ak tak mmpu mngubahnya.. yg bahawa saat ak mmbnci bahawa selamanya ak mmbnci.. tapi harus kau terima. ak paling sush untk mmbnci. selagi ak sabar. ak sabar. selagi ak brtahan aku akn brtahan.. jadi hargailah.. terimalah dan kita bina kebahagiaan.. untk entri kali ini, ak brcerta soal pnghargaan. yaaa ak mnghargai semua kenalan2 yg ak pernah ada. yg ak pernah kongsi dan yg pernah kita saling lalui.... dunia ini mmng semntra sahaja. kita hnya lalui semusim ccuma... matahari tak selamanya menerngi alam. dan bulan tak selamanya bersinar di balik awan. 

dunia oh dunia. terlalu bnyk kepura-puraan. yg berselindung di balik kebaikan... yg berwajah suci tapi sebenarnya hantu tak terperi... hahhaha... ak dah mula merepek dah. tapi serius. dalm tempoh2 ak prctical mmng kurang masa ak berjimba. mana taknya konon2 penat. balik rumahpun dah lesu. tapi syukurlah ak masih boleh lagi bg masa untk kluar. kongsi certa n berceloteh bagai. gosip je lebihnya. hahaha.. tapi apa2 pun mmng best. harap kita terus kekalkan prshabatan. kita trus berusaha. dan yg terpenting KAWAN BUKAN PADA BAIKNYA SAHAJA. TAPI TERIMALAH KEBURUKANNYA. TERIMALAH KEJELEKANNYA. ITU YG PALING UTAMA. BUKAN SEKADAR BERMUKA-MUKA.  salam syg buat semua. :) 




HAYATI DAN TADABBUR :) 


Assalamualaikum.... salam terindah buat semua.. walaweiiiii memng kelakar kan rasa mcm dunia akn berhnti sebelm ak mula prctikal. n skrng rasa crta yg ak nk smpaikan mm basi jer... maaflah k. hahhaha... tapi tak kisahpun.. penegasan aku satu jer.... setiap apa yg ak nak sampaikan ak akn cuba mnyelitkan sedikit tazkirah mahupun sedikit ilmu.. moga apa yg ak sampaikan tak sia2 dan tak berguna... bagi ak method pnyampaikan perlu pelbagai. bukan sekadar kau memekak dan melalak dekat status mahupun fb semata-mata. tak marah dan tak dengki. tapi inilah cara aku.. aku suka bercerta dan mnyampaikan.. sekdr yg ak tahu jer. tak nk lebih2. takut ak pun ikut merepek... hehehe... berbalik pada kisah yg asal... hehhe alhamdulllah untuk tahun 2014 kali ni ak n kwn2 ak brkesempatan lagi untk turut hadir pada majlis tilawah alQuran... memng superbb hahaha.... kta ni memng lumrah sentiasa iman nya turun naik.. kita tak maksub.. x sempurna kebaikannya. kdng2 turun, kdng2 naik. jadi jngan anggap kami sempurna untk berada disisi manusia yg konon2 nya sentiasa smpurna. AlQuran ini sebagai pnyuluh jaln. mnjdi panduan... jika mndngarnya sahaja kita memperoleh pahala, jadi apatah lagi jika kita membacanya. dan bertambah tambah lagi jika kita cuba untk memahaminya. alQuran iti terlalu hebat. salah satu mukjizat yg kekal hngga ke akhir zaman. 



maaflah kalau bnyak sngat gmbar2 selfie. hahha... yer diperakui selfie itu satu masalah mntel. dan inilah masalah mntel saya bila saya suka bergmbar.. kita salahkan teknologi. tapi kita dan ak sndri moga2 mngharapkn kita x mnjdi alat kepada teknologi. kerana kita yg mngawalnya. jngan kita smpai jadi tunggangan alat tak bernyawa. ingat tu.. nak buat mcm mana kalau dah semua nk msuk dalam satu gmbar. terpaksalah ak mnggunakan tngan ak yg pendek ini. hahahha....ini hnya pndangan ak.. secara keseluruhannya tahun ini, ak x dapat nak bg sebarang pndngan. sebbnya ak x dengar pun tilawah.. ak bukan hepokrit atau munafik untk bercerta sesuatu yg tak tahu. dan akhirnya berpura pura untk tahu sesuatu. tahun ni hnya sempat dtg upaara majlis penutupan jer. mana taknya... masa nipun ak dah mula prctical... masa ni pergi kalau tak silap hari sabtu.... ni jerlah yg termmpu untk tahun ni. sedih jugak sebenarnya.. yerr... ak x pernah meragui.. sekarng semkn ramai remaja mahupun yg dah tua2.. lansung tak tahu untk membaca alQuran.. apatah lagi untk memahaminya... ya Allah.. harap2 ak tak mcm tu. cubalah baca walau sedikitpun dalam sehari. walau mngkin hnya satu muka surat jer. tak payah nak show off sangat bagitau satu dunia pun dah cuku..

TAPI RASANYA LAGI HINA KALAU POS GMBAR PEGG ALqURAN LEPAS TU NAMPAK MUKA KAU BUAT DUCK FACE.... OMG SANGAT!!! hahahhaa.... tapi jngan tak sngka. ada jer manusia mcm tu.. kita memng tak boleh lari dari manusia yg pelik2. huhuhu. 



gambar ni agak sush sebenrnya nak ambil. hahaha... ak sabarjelah. mana taknya terlalu terpngaruh dngan paras wajah jer pompan2 ni. hehheheh... jngan marah gurau... smpat jugak kitorang semua untk brgmbar bersama peserta tilawah. qari dari Brunei darussalam.. Awangku Adibul Amin... memng tangkap lentoklah dorang ni. hisssss.... susah nak cakap. tapi apa2 pun hari ni memng best dan terbaik.. apa taknya balik rumahpun sampai dekat kul 12. last2 ak balik dri lrt jaln kaki. memng hawaiii giler la. nasib baik dekat. tapi dekat2 pun basah baju dngan peluh. moga2 tahun depan kita dapat pergi lagi. walau mngkin ahli2 yg g nnti akn jdi org lain. paham. masing2 dah habis bljar. masing2 ada niat dah nk blik kg trus. mcm ak ni memng perantau kl. jdi dkat kl jer lah tempatnya. huhuhu.... ok... harap hari2 yg mndtng kta jlnkan dngan terbaik.. salam syg buat semua. 




KENAL SIAPA DIRI KITA :)


Assalamualaikum.... salam syg serta rinduu buat semua. ya Allah serius rasa dah terlalu lama ak tak update apa2 kisah mahupun perkmbngan terbaru.. rnduu sngat2 dengan blog ak ni.. almaklumlah terlalu bz dngan prctical. tapi kenyataan yg sebenarnya asalkan balik dri kerja terbongkang kepenatan. hahahha... apa2 pun syukur yg tak trhngga kerana ak masih lagi diberikan nafas serta kehdupan untk trus mnjlnkan tnggungjwab sbgai khalifah di muka bumi ini.. dan yg utamanya masih lagi mmpu untk mncoretkan kisah dan rasa di paparan blog ni. rasa nya kalau nk diceritakan kisah2 yg dah berlalu agak basi sebenarnya.. tapi kalau kita bercerta soal ibrah dan pngajaran.. sepanjng zaman kisahnya akan terus segar.. dan natijahnya kita akn terus saling ingat mngingati.... persoalan utama yg ak ingin sampai kan... sejauh mana kita mngenali diri kita sndiri???

Alhamdulillah dalam dua setngah bulan kebelakang, ak smpat berkmpul dngan kwn2... tak segah manapun kmpuln kami.. dan x sehebat manapun perbncangan kami berbndng dngan kmpulan2 yg lain..bak kata sesetngah org, kami ini hnya tahunya laghooo dan terpesong jauh... tapi syukur ada sesuatu yg disampaikan... kami sedng belajar mngenal diri sndiri.. siapa kami dan arah tujuan kami.... belajarlah kenal diri dulu baru kita belajar mngenal org lain. yg pertama kita jngan terlalu mngharap terbang tnggi. belajarlah bertatih dahulu. jngan terlalu laju mngejar org dihadapan takut2 kita tersungkur. jngan mnjdi org lain. tapi belajarlah untk jdi diri sndiri. itu lagi utama.... 

mesti korang tertnya tanya apa kaitan dngan gmbar dekat atas dngan kisah yg ak sampaikan.. maka inilah kaitannya. lihat kesinambungan gmbar :) 



ini namanya bulatan biasa... kalau nak lebih hevoc bg sesetngah kmpulan... mereka mnggelarnya bulatan usrah.. WALAWEIIII kelas..... tapi inilah knyataannya. alhamdulillah ada juga isu2 yg disampaikan serta perbncngan yg dibawa... yg utamanya kita bawakan isu kejutan budaya.. kenapa??? sebb kita ada bnyak contoh2 manusia yg kena kjutan budaya... bukn dri keburukan tpi dri semua sudut. almaklumlah kita ada ahli2 baru yg bru msuk klmu... so perbncngan ini dikira sebagai prbncngan yg kritikal. yg berat dan focus utama. kita tak mahu identiti kita tergurus mahupun tercalar dngan keegoan kita. nafsu yg terlalu tnggi untk sempurna mahupun nafsu perubahan yg terlalu drastik. kita perlu kenal jiwa kita.... lalui hati kita dngan sentuhan nurani yg tnggi. kita bukan mahu mnjdi seperti imam muda mahupun para2 dae tertnggi. INGAT PESANAN HAMBA. iman yg hnya dari mulut serta dari serban yg tnggi melilit di kepala tak mmbawa apa2 makna kepada seseorng. HANYA MELAINKAN IMAN YG TERPNCAR DARI HATI. ak bukan nak mentarbiah mahupun mendotrinkan org sekeliling untk mnjdi pngikut aku. tapi sesiapa yg rasa hala tuju kita sama serta misi dan visi kita sama. kita bergerak seirng. kita jln brsama2.. bukn ak beri kau kerja... dan ak duduk minum kopi :)



tapi tulah.... manusia tak akan pernah lari dari sebarang kesilapan. yg terbaik bila kita tahu kesilapan dan berubah. yg buruk bila kita buat2 tak nmpak ksilapan kita.... haaaa itu yg macam siakkk hahahhaha... sorry terbahasa kuturrr pulak.. nan ti ada yg kata ak tak tikhoooohhhh heeeee.... almaklumlah... bnyak fb user skrng ni ustaz and ustazah.. lagilah habis ak kena hntam kejadah. :)
tapi apa2 pun perjumpaan kita memng terbaik... walaupun penat mnucuk kaki tapi pngisiannya alhamdulillah melekat sampai sekrng.. sebb kita berbnng dri hati bukn dri mulut. kita sampaikn dri jiwa bukn akal semata2.. kita luahkan melalui rasa bukn sekdr curahan ke daun keladi... jatuhnya tak mmberi sebarang kesan..... moga hari2 kita dipenuhi dngan kebaikan ok.. syg semua. :)