Custom Glitter Text

Isnin, 7 Oktober 2013

MAHAR CINTA KITA 
PROLOG 

          Makna cinta itu terlalu tinggi bagi seorang gadis bernama qasih. Terlalu indah untuk digambarkan oleh mata, tetapi sulit juga dirungkai melalui hati. Atau mungkin juga makna cinta itu terlalu jauh untuk dimiliki oleh Qasih. Kata pujangga lama, andai tidak mahu terluka kerana cinta jangan pernah terjebak dalam asmara kasih. Tapi cinta itu terlalu agung untuk dicampak ketepi. Ia akan hadir tanpa perlu dipinta. Datangnya seperti ribut. Pergi seperti semut. Hati akan sakit andai cinta meninggalkan manusia. Igauan ngeri bagi manusia. Kalau inilah takdir cinta bagi Qasih, mampukah bertahan dalam derita cinta?
          Terlalu lama rasanya sakit yang mencengkam. Tidak surut-surut rasa cinta ini walau telah lama cuba dipendam ke dasar hati. Sampai bila qasih? Sampai kau mati beragan? Jangan ingat rasa cinta itu mudah kau pendam. Tapi sebenarnya rasa cinta yang kau tanam makin bercambah berdahan-dahan. Jangan sampai kau gila dek cinta lara ini Qasih. Merintihlah sedalam-dalamnya. Kisah lama tak akan berubah menjadi pelangi indah. Apa yang hitam akan terus hitam. Apa yang kelam akan terus kelam di relung waktu. Kalau mungkin kini kau mampu untuk melupakan sepotong nama itu, yakinlah hati mu sebenarnya derita menahan bisikan rindu ini. Yakinlah bahawa sebenarnya kau terlalu mencintai dia. Kau terlalu menyayangi dia. Kau sebenarnya sedang lari dari sebuah masalah yang sedang kau cipta sendiri. Yakinlah. Cinta ini akan terus membara. Semakin lama kau lari, semakin panas cinta ini.
          Derita ini hanya permulaan bagi Qasih. Tapi yakinlah, bahawa penghujungnya pasti akan ada bahagia yang menanti. Jangan sesekali kau menyerah Qasih. Jangan sesekali kau mengalah. Kalau benar inilah takdir mu. Redha lah. Tapi jangan sesekali kau menyalahkan takdir. Jangan sesekali kau menyesali apa yang telah berlaku. Ketahuilah bahawa Tuhan akan terus memberi kekuatan kepada mu. Tuhan tidak akan pernah sesekali mengabaikan mu. Jika inilah takdir mu untuk terus merasa sakitnya hidup, nescaya hujungnya kau akan rasa nikmat yang maha tinggi dari Tuhan. Nikmat yang masih dalam samaran waktu terkehadapan. Nikmat yang perlu kau kejar. Inlah masanya untuk kau rebut peluang. Sesungguhnya setiap kebahagiaan itu tidak akan datang tanpa kau kejar. Jika satu saat nanti setiap bahagia telah kau kecapi. Syukurlah. Nescaya setiap malaikat yang melihat mu akan turut bahagia memerhati. Sematlah seindahnya nama yang kau cinta itu. Kenanglah nama yang kau saying itu. Cintanya padamu Qasih akan terus membara pada mu. Cintanya suci untuk mu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan