Custom Glitter Text

Isnin, 26 Ogos 2013

NOSTALGIA AIDILFITRI :)

Assalamualaikum.
salam syg buat semua shabat2 yg sudi mmbaca. alhamdulillah lega rasanya bila habis exam time raya2 ni walaupun terasa mcm nak pecah kepala. manalah tak nya dengan semua sbjk dalam satu hari jer. memng bebanlah kan. n syukur jugak urusan untk sbjk sem depan semua dah selesai. time untuk cuti n melantak kuih raya lah dekat rumah. urusan pndah barang pon semua dah siap. tnggal urusan management jer belum. terasa cepat masa berlalu kan? rupa2 nya dah pertengahan raya dah. suasana pun terasa mcm dah hambar. mngkin salah satunya Addin dan besar n mngkin juga kepesatan yg terlalu mmbngun mnyebbkan suasana raya mcm dulu2 semua dah x ada. teringat sangat msa kecik2 dulu. rasa meriah jer kan walaupun masa 2 puasa x lagi. heheh. taunya nak raya jer. padahal suruh puasa malas. alhamdulillah sekarang dah x mcm dulu. dah besarlah katakan. 

mngkin masa telah menelan semua keseronokan suasana mcm 2. seprti x dijangka usia yg telah mnjangkau 22 tahun ni telah mnyebbkan rasa kemeriahan syawal hilang. apa yg diutamakan adalah ramadhan. bagaimana kita terasa sedih saat untk meninggalkan ramadhan. mngkin apa yg mnjdi penceria suasana bila beli persiapan raya awal. bukan apa Addin jenis malas nak bersesak sesak masa saat saat akhir. lagi2 dekat jalan TAR. memng x lahkan. mcm nilah gaya anak perantau. dduk jauh semua kena uruskan. makan sahur pun roti jer. berbuka jngan cakap lah semuanya makanan bazaar. hehehe. nak masak jauh sekali. teringat masa zaman2 sekolah dulu. tiap2 tahun nak raya mesti beli berpeket peket kad raya. semua nya nk bagi dekat kwn. padahal satu kelas jer. semuanya berbalas2 kad raya. rasanya paling banyak dalam setahun 2 Addin pernah dpat dekat 50 keping kad raya. hahah. seronok masa 2. dngan pos sekali untk kwn2 yg ddk jauh. masa 2 msg n internet msih terhad lg walaupun dah ada. sebb kad raya dah jadi mcm kemestian. sekarang dah sush nak cari kad raya. kalau ada pun mahal x mcm dulu. murah jer. semua bole beli. 

paling Addin tnggu2 dulu mesti malam 7 likur. mana x nya sebuk nak pasang pelita. rasa meriah sebb rumah jadi terang. dulu x suka nak pasang lampu kelib2 tu. hehhe. pasang pelita jer bnyak. smpai dekat 30 pelita pasang dekat halaman rumah. memng teranglah kan. n masa 2 lah nak main bunga api. mercun memng x lah kan. heheh... dulu msa kecik2 x rajin nak g terawih malass. hehhe. alhamdulillah sifat malas 2 dah terhakis. terawih jadi satu kewajiban bila tibanya ramadhan. rasa jnggal bila x g sebb inilah peluang keemasan kita untk meraih amal kebaikan yg berlipat ganda. kita sebenarnya mmpunyai bnyak kenangan yg terindah serta memori dalam mnyambut aidilfitri. setiap insan mmpunyai warna2 yg tersndiri. kita semua x pernah lari dari suasana yg sama iaitu kebahagiaan saat kanak2 dalam meraikan syawal yg dinanti nanti. addin mngucapkan salam lebaran salam aidilfitri maaf zahir dan batin. :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan