Custom Glitter Text

Rabu, 25 September 2013

UCAPAN KHAS UNTUK SAHABAT 

Assalamualaikum.
salam sayang, salam terindah buat semua rakan2 pembaca sekalian. entri kali ini Addin ingin sampaikan selembar rangkaian kata-kata dari seorang sahabat yang bergelar sahabat. 

salam terindah, salam kasih bertaut rindu. ingin di ku kata sepurnama rasanya bagai berkurun telah terkarang rangkaian puitis madah pujangga. bak buluh perindu, merdu manis bagai puteri gemersik indah. saat bintang kejora hilang sinarnya. pena bertinta biru rencah lancar menjalin kata. sepatah demi sepatah terkarang di di minda. ku ilham menjadi nyata. anda tergurus sembah maaf ku jalin indah. bak kata pujangga, melayu itu indah dengan budi bahasa. lancang di lidah mohon ampun segera. leluhur kita menjadi saksi bahawa islam di junjung. bangsa di sanjung. islam berdaulat negara selamat. sesungguhnya demi islam kita bernaung demi Allah kita berjuang. andai persahabatan ini menjadi galang ganti nya mohon maaf sekali lagi hamba katakan bahawa kita ini adalah hamba. bertuankah Allah. bersujud pada yang maha Esa. andai kata-kata ini mengguris sanubari jiwa. mohon sekali lagi sembah maaf di minta. 

jiwa kita milik Nya. menjadi taruhan di dunia. menjerat anggotapada jalan kesimpangan yg nyata. andai madah ini merunsungkan jiwa. mudah sahaja. kenali kembali segala makna. nescaya akan ketemu tersurat yg jelas pada jiwa. jalinan kasih syg itu jagat luas maknanya. kamu perlu perhalusi kembali segala isi kandungannya. bak kata bapak2 sastera, mau secebis kritis dari sang atasannya perlu kritis juga pada penyampaiannya. bukan bermaksud mahu sulit2 isinya tetapi inilah ak. seorng bangsa berjiwa bahasa. penyampaian berdasarkan murni bahasa. berdasarkan kesusasteraan lama. sesungguhnya tiada yang ak ingin selindungkan tetapi tidak berat andai ak katakan. bahawa kamu kenal kembali apa ityu makna hati. apa itu makna jiwa. jika dapat kenal jiwa maka kamu mampu telusuri hati. hati itu maha luas dalam nya. terselindung oleh kelam dan hitanya jiwa. 

bagaimana kamu lahirkan nuansa budaya mu. bagaimana kamu terjemahkan lahiriahmu. maka kamu tdak akan mampu selindung jiwa kelam yg hitam lagi jijik di mata bangsa masyarakat. apalah makna islam itu andai akhlaknya musnah lebur di mamah usia. islam itu sendiri berdiri bersama moleknya akhlak. bersama indahnya ihsan. bagaimana kamu merasakan bahawa kamu seperti melihat Tuhanmu. tetapi andai kamu tdk mampu maka anggap sahaja seperti Allah sedng melihat kamu. mudah sebenarnya mnjga akhlak wanita yg solehah. terdidik dengan budaya melayu. mnjaga adab mnjaga tatasusila. sesngguhnya andai kamu trpedaya bersama syaitan kamu perlu bijak mngenal bisiskan yg mnghanyutkan lara jiwa. terkadang binasa iblis itu memandang serta mengusap mata agar melihat betapa kejahatan itu seperti kebaikan. tetapi marabahaya yg bisa menjerat mu andai ia memperlihatkan sesuatu yg kamu fikirkan baik sebenarnya mmbawa kamu ke maraan jahannam yg membakar manusia. 

saat ini. ak berikan mu beberapa tanda kenang kenangan agar kamu meneliti kembali serta memperhalusi kembali. makna sebenar sahabat itu. 

ku berikanmu senaskah alQuran. untuk kamu melihat serta untuk kamu mentadabburi isi tersurat dan tersirat. makna islam yg sebenar. untuk kamu memahami kembalis surah an nisa. untuk kamu memahami kembali surah an nur. di dalamnya terkndung perbagai tegahan dan larangan bagi kaum wanita yg mendambakan surga tertinggi di jannah. 

ku berikan mu juga sehelai hijab untuk kamu menutup aurat mu. tetapi ak lebih mngharapkan tertutup lagi segala tercelanya sfat2 kekotoran yg mewarnai hati yg serba daif ini. apalah makna hijab anda hijab sekadar penutup luaran tetapi tdk mmpu menutp dalaman. umpama mnjirus serta mengisi di tempayan yg bocor. tdk bermakna malah sia2 kudrat anggota. 

ku berikan juga sebuah bingkai memori indah sebagai kenangan terindah. agar kamu bisa kembali ingat makna sebuah persahabatan yg terjalin kukuh dan terpasak gagah. jika hilang sekalipun ia tdk mmpu memamah sirna kenangan unggul di minda. ketahuilah bahawa sesungguhnya makna sahabat itu ialah berdiri kukuh di belakang saat lemah saat runtun lemah. 

ketahuilah bahawa sesungguhnya saat akhir warisan kata ini. ingin di kukuhkan bahawa air mata tdk bermakna tnpa membasuh kesilapan kelam. akhir kalam. mentari itu akan sentiasa bersinar bila bumi masih terus berputar. sahabat juga akan terus kekal andai masih ada makna jalinan ukhuwah di badan. ku titikkan kata dengan ucapan salam. pengunci madah. assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan