Custom Glitter Text

Ahad, 17 November 2013

TERLALU BANYAK YANG AKU TELAH TEMPUH DALAM HIDUP INI :)

Assalamualaikum buat semua sahabat2 yg terus addin syg dan addin kenang.. alhamdulillah akhirnya setelah beberapa minggu tak terupdate blog ni. maaf sangat2.. moga semuanya dalam keadaan yg sihat, dirahmati Allah dan terus berada dalam keadaan yg ceria2 sellu. syukur rasanya selamat meneruskan kelas seperti biasa setelah cuti selama seminggu. walaupun sebenarnya x ada istilah cuti untk ak dalam mnggu lepas. kannnn.. tapi x apa lah sekurang kurangnya ak bergembira saat tu. mungkin saat ni ada yg tertnya-tanya kenapa gambar dekat atas tu yg addin paparkan. kenapa agaknya?? terima kasih kepada encik google. :) terasa masa telah berlalu dengan terlalu pantas. terasa peredaran masa telah melepaskan satu bius yg x terlihat oleh mata sehngga kita terleka dengan lenanya. dan hasilnya x terjngka. rupa2 nya ak telah berumur 22 tahun. masa sebenarnya x pernah sekalipun mnghiraukan manusia. x pernah sekalipun melihat apa yg manusia lakukan. apa yg pentng ialah ia terus berjalan. ia terus beredar meningglkan manusia. dan hasilnya ialah manusia yg berjaya meneruskan kehidupannya. benar seperti yg terkndung di dalam alQuran.. demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian melainkan mereka yg beramal soleh. saat addin bercerita ini sebenarnya telah mengingatkn kembali segala apa yg pernah addin cita2 serta impikan sejak kecil lagi. setiap apa yg addin angankan, setiap apa yg addin impikan. dan kalau kwn2 nak tau, inilah satu serta sebuah cita2 yg pernah melekat di kotak serta hati sekian lama. alhamdulillah bakat itu sekalipun addin x pernah pendamkan walau mngkin ia tdk akan jdi sebuah kenyataan. 

secara jujurnya dri addin di bangku sekolah rendah, dengan bangga addin akan mngatakan bahawa addin ingin menjadi seorng pelukis yg terkenal. seorng pelukis yg mmpu memukaukan mata yg memandang pada sehelai lukisan. yg mmpu mmberikan satu penawar kepada sang jiwa yg sakit. inilah cita2 yg berjaya tertanam di dalam hati sekian lamanya. hari yg berllu addin akn terus melukis. terus melakar di kertas. inilah satu impian yg benar2 mmbuatkan addin teruja bila melangkah kaki ke kelas lukisan. yg mmbuatkn mata bersinar-sinar. kdng2 semnggu yg berllu addin hnya akan menghabiskan masa untk melakar serta melihat sekeliling. tapi addin bukanlah seorng anak seni yg sejati dalam diri. anak seni lukisan yg sejati. maaf seribu kali maaf. addin masih belum layak untk mnjdi seorng anak seni lukisan yg sejati. yg mmpu hdup sekadar apa adanya. yg mmpu hdup sekadar seadanya semata-mata untk memperjuangkan seni lukisan negara. dan akhirnya a terus kejungdang di tengah jalan. tapi kecundang x bermakna addin mati di tengah jalan. jiwa seorng pelukis x pernah pudar. sehngga kini addin masih lagi meminati seni lukisan. kdng2 addin akn meluangkan masa ke pameran seni lukisan di balai seni lukis negara untk mnghayati karya maha indah dri manusia yg diilhamkan sehngga berjaya diperlihatkan. maha hebat sebenarnya anugerah Allah kepada manusia2 berjiwa seni ini. 


status addin sebagai seorng anak bongsu serta sebagai seorng anak yg lama tnggl bersama ibu bapa mmbuatkan addin sentiasa berada dirumah sejak kecil. seorng anak yg kurang bersosial serta seorng ank yg tdk berapa gemar pada aktiviti yg kasar telah menimbulkan sebuah cita2 untk mnjdi seorng pereka hiasan dalaman. memng dri kecil lagi segala hal ehwal rumah telah berada dlm tangan addin. mudah jer, sebb dlm ahli keluarga hnya ada seorng perumpuan jer iaitu mak. jadi addin lah sebga seorng penggnti mnguruskan hal ehwal rumah bila mak kerja. mudah jer kan. segalanya d tngan aku. dri ceruk dapur. dri ceruk bilik sehnggalah ke ruang tamu. tapi kdng2 dtg malasnya memng bersepah jugak hehheh.. tapi alhamdulillah kerana itulah ak telah bercita-cita untk mnjdi seorng pereka hiasan dlaman. maka bertngkat tngkatlah buku2 yg melibatkan seni hiasan ini yg addin beli sehnggalah yg addin pnjam. betapa taksubnya cita2 ini telah bersarang di dalam jiwa. terllu bnyak juga percubaan yg telah addin lakukan dirumah. terkadang mak pun pening n marah2 mana x nya. pelik2 yg addin buat. tapi lama2 mak pon malas dah. terima je lah apa yg addin buat dekat rumah ni. sehinggalah sekrng addin masih mnguruskan apa yg akan addin buat dekt rumah ni, cuma apa yg addin cita2kan tu hnya bersarang dan berhabuk d minda. mngkin ini semua hnya hobi addin untk terus ceria dan seronok bila berseorngan di rumah. 


kehidupan addin yg selama ini dikelilingi dengan alam telah mmbuatkan seluruh jiwa serta nyawa addin benar2 mnghargai apa itu keindahan. benar2 mnghargai apa itu sebuah kehijauan. dri kecil minat addin dengan mak memng sama. suka pada bunga. katakan bunga apa yg x pernah ditanam. cuma kdng2 x semuanya hidup hehehhe... memng dri dulu sellu jer berkebun. mnghias persekitaran rumah dngan bunga2 yg berkembang. dngan warna warni serta hijau daun mmbuatkan hati terasa lapang. memng x dapat disangkal sesetengah dri impian dan cita2 kita sebenarnya bermula dri hobi dan kesukaan kita. sebb 2 kita jngan terasa takut untk meluahkan apa yg kita minat sehngga mnjdi sebuah cita2. cuma terkdng ada sesetengah perkara kita masih belum dapat melaksanakannya. ada sesetengah perkara pula bukan kita x mmpu melaksanakannya cuma kita terpaksa kuburkan cita2 tu sehngga terdalam di dalam jiwa dan x akan terkeluar lagi di fikiran. walaupun mngkin cita2 untk addin mnjdi seorng pereka lanskap x tercapai tetapi minat addin terhadap seni laman ini x pernah pudar.... x pernah hilang dan sama sekali x akan terpadam. 


impian kadng2 mmbuatkan seseorng itu bertambah kuat. kdng2 ia akn mnyuburkan rasa kekuatan kita untk terus berjaya. akn mmbutkan kita rasa kita perlu untk terus hdp dlm dunia. sebb itu kita x boleh mnyangkal rasa apa yg setiap manusia inginkan. ya secara kebenarannya ilmu itu dicari untk menmbah pengetahuan. untk menambah kebaikan. itu tuntutan yg sebenarnya. tetapi bagi kalangan pelajar2 yg miskin yg kehdupannya melarat dan dimelaratkan oleh masa serta keduniaan yg x pernah mengenal nilai toleransi telah membuatkn mereka merubah segala nya semata-mata untk mncri pekerjaan yg terbaik. itu matlamat mereka untk berjaya.... jika kita masih x merasa dibebani dngan kehimpitan dunia yg maha rosak kerana ketamakan keduniaan semata-mata jngan pernah menilai apa yg kami rasa dlm mengharungi rasa sakitnya bila dihimpit dngan sejuta kedaifan. secara jujurnya ak berusaha belajar dan ak berusaha menimba ilmu sedayanya matlamat untk mmbantu keluarga ak. untk ak keluar dri kemiskinan yg lama bersarang dan bersawang. dri sebuah hobi ak ingin terjemahkan mnjdi sebuah kerjaya untk ak. minat dan impian addin yg mndalam untk mnjdi seorng chef benar2 telah mmbuatkn ak bercita2 untk teruas menempatkn dri untk mendalaminya lg. sehnggalah ak berjaya menapak dan menapak. dri kecil lg addin memng telah mnjdikan dapur sebagai tempat untk mencurahkan rasa dan mncurahkan minat. siapa sangka seawal usia ku 8 tahun addin telah pndai untk mnghasilkn beberapa makan biasa seperti nasi goreng dan gorengan yg lain. dri minat itulah addin terus menanamkn impian mnjdi seorng chef. betapa berliku kan khdupan ini? tetapi rupanya panas x hngga ke petng. sekali lagi impan itu terus terkubur. tapi x bermkna hdp ini tamah. addin terus dlm khdupan. terus dalam impian dan cita2. :) 


ikhlas dan jujur addin katakan, ucapan terima kasih x terhngga kepada keluarga addin yg x pernah mmbuat haluan mahupun mngatur arah tuju hidup addin. segalanya lahir dri keputusan serta apa yg addin inginkan. sedalam dalamnya addin telah berfikir dan addin lakukn maha titik akhirnya addin membuat keputusan untk memilih terus berada dlm tngkatan 6. kerana apa?? addin telah mula mncipta satu impian baru. satu perkara baru. addin ingin bercita-cita mnjdi seorng guru. satu pekerjaan yg mulia bukan? ya satu pekerjaan yg mncabar juga. siapa yg meminati dan telah mnjdi seorng guru yg tahu betapa besarnya cabaran memikul dan mnggalas tugas sebagai seorng gur. dan inilah pilihan yg telah bulat untk addin lakukan. ikhlas dan jujur juga addin katakan selama perkara ini berlaku dan riwayat hdup addin sehngga sat ini, addin x pernah sekalipun berasa kecewa mahupun berserah dan putus asa bila apa yg addin inginkan x tercapai.. addin terus dalam hdp. addin terus dalam cita2 addin. biarlah apa yg org kata. addin x pernah sekalipun hiraukan. addin berusaha untk memastikan addin berjaya mnjdi seorng cikgu. addin tanah ia, addin semai sehngga addin di saat2 akhir untk menerima kptusan STPM. alhamdulillah yg mmbnggakan. inshaa Allah ada jalannya. selamat juga mnduduki ujian bertulis. tapi kata hikmah bjak pandai. manusia itu hnya merncang tap Tuhan yg menentukan. sekali lagi impian ini terkubur dan terbenam. mngkin kali ini ia telah berjaya mmbuatkan addin menangis dan terus menangis. mngkin juga atas faktur semakin meningkatnya umr addin maka ia merupakan satu impian dan cita2 yg maha mndalam maksudnya untk addin inginkan. dan sekali ini maka addin telah menangis dan terus menangis. tapi x bermakna ia putus di tengah jalan. hdp masih panjng dan masih bnyak perlu dilakukan. mngkin ada hikmah dan addin akn terus selongkar apa hikmahnya. alhamdulillah mngkin masa yg berllu telah mmbuatkan addin lebh matang dalam berharap dan dlm mmbina impian. in shaa Allah dalam beberapa bulan lagi addin ak selamat menamatkan pengajian untk BACHELOR IN HOTEL AND CONVENTION MANAGEMENT. masa berlalu dngan terllu pantas masa juga ibarat sekelp mata berllu. 


mngkin dri mana dan dri apa aslnya ia telah lama bercambah dan bersemi dalam diri ak. sebagaimana setelah sekian lama ak terus berjuang dan meletakkn dri ak dalam keindahan seni maka lahirlah satu impian dan satu cita2 ak yg maha hebat x tertanggung di jiwa. ak ingin jadi seorng penulis. ak ingin jdi seorng penulis dan ak ingin jdi seorng penulis. selama ini ia terus berjuang dan ingin keluar dri firasat diri dan akhirnya sehngga kina ak terus berjuang. ak menanam dan mncintai seni penulisan sehnggakan ak terus menulis dan menulis. ak ingin melihat karya ak terus ditatap dan dibaca oleh rakan2 diluar. ak inginkn sebuah kepuasan dalam menulis. inilah cita2 ku sehngga kina dan sama sekali x akan pernah pudar dri fikiran. in shaa Allah. jika satu hari nnti ak telah berjaya makan, inilah hadiahnya iaitu satu kepuasan. satu kenikmatan dan satu perjuangan. salam syg addin kepada semua pembaca. moga sedikit luahan rasa ini sahabat2 kenal siapa dia insan yg bernama addin nur al islam. moga terus berjuang dan jngan sesekali menyerah kalah. kerana manusia yg berjuang dan tdk berputus asa ialah mnusia yg terus berjaya dalam hdupnya. jngan sesekali rebah dan jngan sesekali rasa terjatyuh kesesalan. ingatlah sesungguhnya Allah itu ada. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan